Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : lengkung yg tampaknya biru dan meling­kungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walau­pun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) ber­warna spt warna langit biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : ruang (tempat letaknya bintang dll) yg kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi: Pd malam hari, kelihatan beribu-ribu bintang di ~. langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. melangit membumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ceilingn 1. overhead lining, siling, langit-langit; 2. maximum limit, had maksimum: the government imposed a ~ on rents, kerajaan mengenakan had maksimum ke atas sewa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
canopyn 1. covering (over bed, throne, etc) langit-langit, lelangit, tenda; 2. (fig.), (of trees, branches, etc) sudur, kanopi: a ~ of leaves, sudur daun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavenn 1. (usu in pl) sky, langit: the starry ~s, langit yg berbintang; the ~s opened, seolah-olah pintu langit terbuka; 2. paradise, syurga; (in Islam) jannah, syurga: seventh ~, syurga ketujuh; 3. (colloq) also ~ on earth, a. place of great delight, syurga dunia: this tropical island is ~ on earth, pulau tropika ini syurga dunia; 4. (colloq) state of happiness, seronok betul; 5. often H~, God, Providence, Tuhan: it is the will of H~, ini ialah takdir Tuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavenward(s)adv menghala ke langit: she stretched out her arms ~, dia mengangkat tangannya menghala ke langit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heave~ in; ~ in /sight, view/, muncul di kaki langit: a ship hove in sight, sebuah kapal muncul di kaki langit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
azuren 1. sky blue, (warna) biru langit, lazuardi; 2. (poet.) langit biru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
horizonn 1. line at which sky and earth seem to meet, kaki langit, ufuk, horizon: the sun sank below the ~, matahari terbenam di ufuk; sensible ~, kaki langit nyata; 2. (fig.), [various translations]: travel will broaden a person’s ~s, pengembaraan akan meluaskan pengalaman sso; beyond the ~ of human intellect, di luar batas intelek manusia; political ~, ruang lingkup politik; 3. (geol) lapisan (tanah).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
king -postn tunjuk langit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
azureadj sky-blue, biru langit, lazuardi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illimitableadj tdk berbatas: the ~ skies, langit yg tdk berbatas; the ~ reaches of time, jangkauan masa yg tdk berbatas; he acts as though his father’s wealth was ~, dia berlagak seolah-olah kekayaan bapanya tdk berbatas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas