Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika ber­jalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: per­buatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (me­langkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1 gerakan kaki ketika berjalan: Mereka berjalan dgn ~ yg perlahan. 2 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan: Dia berundur tiga ~. 3 apa-apa yg dikerjakan; tindakan; perbuatan: Pihak polis sentiasa mengawasi setiap ~ yg dilakukannya. ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk). ~ bendul ki hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak (bkn adik-beradik perempuan). ~ kanan mujur. ~ kiri sial atau tidak beruntung. ~ seribu perbuatan melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut dll. melangkah 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. melangkahi 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. melangkahkan 1 menggerakan (kaki) ke depan utk berjalan. 2 memulakan sesuatu perjalanan (pelayaran dsb) dgn upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

Panjang langkah,
     singkat permintaan.

Bermaksud :

Telah sampai ajalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
interimn interim: ~ measures, langkah-langkah interim; ~ dividend, dividen interim; ~ report, laporan interim; ~ order, perintah interim; in the ~, sementara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coerciveadj memaksa: ~ measures, langkah-langkah memaksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ for, a. require, warrant, memerlukan: the situation ~s for drastic measures, keadaan itu memerlukan langkah-langkah yg keras; b. demand, menuntut: the committee members ~ed for his resignation, ahli-ahli jawatankuasa menuntut supaya dia meletakkan jawatan; c. come to collect, datang utk mengambil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Americanize, Americanisevt (act.) mengamerikakan; (pass.) keamerikaan: steps towards Americanizing the education system, langkah-langkah ke arah mengamerikakan sistem pendidikan; he is completely ~d, dia terlalu keamerikaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drasticadj drastik, mendadak; (of medicine) drastik: the government has taken ~ measures to curb inflation, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yg drastik utk mengawal inflasi; ~ reductions in prices, penurunan harga yg drastik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effectiveadj 1. having an effect, efficient, berkesan, efektif; (so as to be impressive) mengesankan: ~ measures to reduce inflation, langkah-langkah yg berkesan utk mengurangkan inflasi; the choice of colour combination was very ~, pilihan kombinasi warna sangat mengesankan; 2. (of medicine, remedy) mujarab, mustajab, manjur: an ~ ointment for eczema, salap ekzema yg mujarab; 3. operative, mula /berkuat kuasa, dikuatkuasakan/: the law is ~ from the first of January, undang-undang ini mula berkuat kuasa pd satu hari bulan Januari;4. actual, hakiki: the full strength of this battalion is 1,000, but the ~ strength is 800, kekuatan penuh batalion ini ialah 1,000, tetapi kekuatan hakikinya ialah 800;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eradicatevt (fml) wipe out, membasmi, membanteras: crime is difficult to ~, jenayah sukar hendak dibasmi; measures to ~ prejudices in schools, langkah-langkah utk membasmi prasangka di sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
combatvt 1. engage in battle, menempur, melawan: we will ~ the enemy with all our might, kami akan menempur musuh dgn segala kekuatan kami; 2. struggle against, memerangi: measures to ~ inflation, langkah-langkah utk memerangi inflasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calculatedadj 1. computed, sudah /dikira, dihitung/: ~ velocity, halaju yg sudah dikira; 2. deliberately planned to gain particular result, terhitung, telah diperhitungkan: a ~ risk, risiko yg terhitung; measures ~ to check inflation, langkah-langkah yg terhitung utk menyekat inflasi; the remarks were ~ to arouse suspicion, kata-kata itu telah diperhitungkan utk menimbulkan syak wasangka; a ~ insult, penghinaan yg terhitung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extremego to ~s, [various translations]: she would go to ~s just to get what she wants, dia sanggup bertindak secara keterlaluan utk mendapat apa yg dikehendakinya; we had to go to ~s to get them to listen to us, kami terpaksa mengambil langkah-langkah ekstrem utk membuat mereka mendengar rungutan kami; go to the other ~, berubah menjadi sebaliknya: he used to be religious but now he has gone to the other ~, dahulu dia warak, tetapi sekarang dia berubah menjadi sebaliknya; in the ~, (fml) sangat, amat, sungguh: he is honest in the ~, dia sangat jujur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas