Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ras] | لارس

Definisi : 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadan­kan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1. bulat lurus atau bulat panjang: buluh yg ~; 2. bahagian senjata api spt pistol, senapang dan meriam, yg berbentuk spt paip (pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu ditembak: di belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; 3. penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga ~ senapang patah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : Mn 1. daerah di Minangkabau (pd zaman Belanda); tuanku ~ pegawai daerah; 2. cara pemerintahan yg mengikut adat: ~ Bodi Chaniaga cara pemerintahan yg ber­dasarkan demokrasi; ~ Kota Piliang cara pemerintahan yg berdasarkan aristokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1 bunyi yg tentu tinggi rendahnya dlm muzik, nyanyian dll; nada; tala. 2 kesesuaian; kesamaan. melaraskan 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. pelarasan perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. pelaras alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~. selaras 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. menyelaraskan menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. penyelarasan perbuatan atau hal menyelaraskan; penyesuaian: ~ buku-buku teks dgn sukatan pelajaran itu sudah selesai. penyelaras orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1 bulat lurus (spt batang pohon): dahan yg ~. 2 pembuluh senapang: senapang ~ dua. 3 penjodoh bilangan utk senapang; pucuk: Polis telah menjumpai empat ~ senapang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pistol-whipvt/memukul, menghentak/ dgn laras pistol: the bank robber ~ped the manager , perompak bank menghentak pengurus itu dgn laras pistol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
muzzle velocityn halaju laras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
projectb. (light) memancarkan: the adjustable reflector ~s the light whenever it is needed, pemantul cahaya yg boleh laras memancarkan cahaya bila-bila masa diperlukan; 5. produce (voice) with clarity, melaungkan: he can ~ his voice so that it can be distinctly heard at the back of the hall, dia boleh melaungkan suaranya supaya dapat didengar di belakang dewan itu; 6. represent os or o’s qualities outwardly in a favourable light, menonjolkan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bore1n 1. borehole, lubang /gerek, bor/; 2. hollow part of gun barrel, lubang laras; 3. calibre, kaliber;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bentadj 1. curved, lentur, lengkung: the bow is not ~ enough, busur itu tdk cukup lentur; 2. crooked, bengkok: the barrel of this rifle is ~, laras senapang ini bengkok; 3. (of person, person’s body) bongkok: an old man ~ with age, orang tua yg bongkok; 4. (of head), (ter)tunduk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
registern 1. list recording names, events, etc, daftar: a ~ of births, marriages and deaths, daftar kelahiran, perkahwinan dan kematian; on the ~ of, dlm daftar; 2. book containing such a list, buku daftar; 3. (mus) tingkat nada; (of human voice) tingkat suara; (of musical intrument) tingkat register; 4. (ling) laras: to write in formal ~, menulis dlm laras formal; 5. mechanical device that records, (/mesin, alat/) daftar: a cash ~, mesin daftar tunai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gunn 1. firearm, a. (gen) senjata api; (long and usu fired from the shoulder) senapang: ~ store, kedai senjata api; various types of ~s are being exhibited, pelbagai jenis senjata api sedang dipamerkan; the men were carrying ~s, lelaki-lelaki itu membawa senapang; the hunter was armed with a double-barrelled ~, pemburu itu bersenjatakan senapang dua laras; b. (shotgun) senapang patah; (rifle) raifal; (pistol) pistol; (revolver) revolver;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barreln 1. (container) tong, tahang; 2. (content) tong: she sold three ~s of apples at market, dia menjual tiga tong epal di pasar; 3. tubular part, a. (of fountain pen) batang; b. (of gun) laras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas