Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laun] | لاءون

Definisi : lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu, beberapa lamanya; berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan): kerja jangan ~ leka; melaun-laun melengah-lengahkan, melambat­-lambatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[laun] | لاءون

Definisi : lambat; lengah; perlahan-lahan: lambat ~ lama-kelamaan. berlaun mengerjakan sesuatu dgn lambat. melaun-laun melambat-lambatkan; melengah-lengahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laun
Rujuk :lambat

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sepantun elang dengan ayam,
     lambat-laun disambar juga.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lateradv subsequently, kemudian: I went first and he followed ~, saya pergi dahulu dan dia mengikut kemudian; ~ on, kemudian: I’ll tell you ~ on, not now, saya akan beritahu kamu kemudian, bukan sekarang; see you ~, (colloq) jumpa nanti; sooner or ~, lambat-laun: sooner or ~ he’ll get caught, lambat-laun dia akan tertangkap juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
course~ of action, tindakan: to take a certain ~ of action, mengambil tindakan tertentu; as a matter of ~, sudah menjadi satu kelaziman; in due ~, apabila tiba /waktunya, masanya/: we will communicate with you in due ~, kami akan menghubungi anda apabila tiba waktunya; in the ~ of, a. (a year, a week, etc) dlm masa (setahun, seminggu, dll); b. (conversation, discussion, etc) semasa [perbualan, perbincangan, dsb]; in the ~ of construction, dlm proses pembinaan; in the ~ of time, lama-kelamaan, lambat-laun: in the ~ of time he became a famous painter, lama-kelamaan dia menjadi pelukis terkenal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas