Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lap] | للڤ

Definisi : 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lap] | للڤ

Definisi : 1 tidak sedar (ketika tidur); nyenyak; nyedar; lena: Anaknya tidak ~ tidur kerana sakit gigi. 2 tidak ada lagi; habis: Segala hartanya sekarang sudah ~. 3 tidak dpt ditebus lagi kerana sudah habis tempohnya (bkn barang gadaian). melelapkan memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. terlelap terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. pelelap orang yg kuat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelap
1. Bersinonim dengan lena: nyenyak, nyedar,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap,

Kata Terbitan : terlelap, pelelap,

Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
half-asleepadj separuh lelap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dead~ asleep, tidur /mati, nyenyak, lenyak, lena, lelap/; ~ drunk, terlalu mabuk, mabuk /bunga selasih, benar, betul/; be ~ against, be directly opposed to, tdk bersetuju langsung: she was ~ against the plan, dia tdk bersetuju langsung dgn rancangan itu; be ~ set on, /berazam, bertekad/ utk; (thing rel to st of less serious nature) beria-ia, ingin benar: to be ~ set on becoming a doctor, berazam utk menjadi doktor; the child was ~ set on going home, kanak-kanak itu beria-ia hendak pulang; stop ~, a. (of person, animal) berhenti (dgn) serta-merta; b. (of engine etc) mati: my car stopped ~ in the middle of the bridge, kereta saya mati di tengah-tengah jambatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easybe ~ in o’s mind, fikiran sso tenang; be ~ of access, (of place) mudah didatangi; be ~ on the /eye, ear/, (colloq) sedap /dipandang, didengar/; have an ~ night, tidur /lena, nyenyak, lelap/; I’m ~, (colloq) saya ini senang saja; be in ~ circumstances, (colloq) hidup /mewah, dlm kemewahan/; of ~ virtue, tdk bermoral, liar: a woman of ~ virtue, perempuan yg tdk bermoral; on ~ terms, dgn bayaran mudah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asleepadj; fall ~, a. also drop ~, into a state of sleep, (ter)tidur, terlena, terlelap; (of royalty) beradu: he fell ~ during the meeting, dia tertidur semasa mesyuarat sedang berlangsung; b. into a state of inactivity, tidur, menjadi /tdk aktif, kelesa/; c. (euphem) into the state of death, menutup mata; lay ~, tidur, lena; be /fast, sound/ ~, tidur /lelap, lena, nyenyak/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas