Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lépak); budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat, spt di kalangan remaja yg menghabiskan masa dgn duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah: budaya ~ yg pd peringkat awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah diikuti oleh remaja; melepak 1. dlm keadaan terlalu letih, me­lepek; 2. berbuat sesuatu yg tidak mendatang­kan faedah (spt duduk-duduk di kompleks membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dll): pd prinsipnya, remaja yg suka ~ itu merupakan mereka yg tidak mempunyai pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; melepak putih betul (spt kapas dibusur), sangat putih: kulitnya putih ~; jelepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi barang jatuh ke tanah (orang bertumbuk dll); ~-lepuk bunyi lepak yg berulang-ulang (buah yg gugur, orang bertumbuk, dll); melepak bp memukul (dgn telapak tangan): kali ini dia ~ pahanya yg digigit nyamuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lépak/; melepak 1 dlm keadaan terlalu letih. 2 tidak membuat sebarang kerja (kerana malas dsb): Dia lebih senang ~ di rumah drpd membuat kerja di bendang. 3 tidak mempunyai pekerjaan; menganggur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; melepak sangat putih; putih sekali: Kulit gadis itu putih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bunyi spt bunyi barang jatuh ke tanah (orang kena pukul dll). ~-lepuk bunyi lepak yg berulang-ulang. melepak memukul dgn telapak tangan: Dia ~ lengannya yg digigit nyamuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepak
Kata Terbitan : melepak,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hang~ / about, around /, (colloq) a. stand or loiter about, membuang-buang waktu, melepak-lepak: many young people can be seen ~ing around shopping complexes, ramai anak muda kelihatan membuang-buang waktu di kompleks beli-belah; b. dawdle, berlengah-lengah: don’t ~ about, we’re already late, jangan berlengah-lengah, kita sudah terlambat; c. stay close to, mengekori: there are always people ~ing around him, sentiasa ada orang yg mengekorinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ out, a. lean out, menjulurkan kepala: children love ~ing out of car windows, kanak-kanak suka menjulurkan kepala di tingkap kereta; b. (of tongue) terjelir: the thirsty dog was panting and its tongue was ~ing out, anjing yg kehausan itu terengah-engah dan lidahnya terjelir; c. (sl) live, duduk: he ~s out at his brother’s place in the mean time, dia duduk di rumah abangnya buat masa ini; d. (sl) spend a lot of time, lepak; ~ st out, a. (washing etc), /menyidai, mengampaikan/ sst; b. (flag) mengibarkan, memasang: the shopkeepers hung out the flags on Independence Day, pekedai-pekedai mengibarkan bendera pd Hari Kemerdekaan; c. (sign) menggantungkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas