Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang­-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
allowvt 1. permit, a. (by way of concession, permission) membenarkan, mengizinkan: they were not ~ed to discuss the matter, mereka tdk dibenarkan membincangkan perkara itu; ~ me to open the door for you, izinkan saya membuka pintu utk saudari; he was ~ed two cigarettes a day, dia dibenarkan (merokok) dua batang sehari; b. (to enable st to happen) membolehkan, memungkinkan: the driver pulled over to ~ the faster car to pass, pemandu itu memandu keretanya ke tepi utk membolehkan kereta yg lebih laju itu memotongnya; the vents in the wall ~ fresh air to enter the room, liang-liang udara di dinding memungkinkan udara bersih masuk ke dlm bilik; c. (by neglect) membiarkan: she ~ed herself to become sloppy, dia membiarkan dirinya menjadi selekeh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aperturen lubang, liang; (tech) apertur, bukaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grave 1 n 1. tomb , kubur; (liter.) pusara; (for royalty, prophet, and venerated national or war hero) makam; (for non-muslim) jirat, kubur; 2. (rhet) death, liang lahad: from the cradle to the ~, dr buaian hingga ke liang lahad; he took his secret with him to the ~, dia membawa rahsia itu bersamanya ke liang lahad;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cradlefrom the ~, sejak kecil lagi; from the ~ to the grave, sejak lahir hingga ke liang lahad;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cradlen 1. (cot) buaian: from the ~ to the grave, dr buaian hingga ke liang lahad; 2. place of origin, tempat bermulanya: Greece was the ~ of democracy, Yunani ialah tempat bermulanya demokrasi; ~ of civilisation, tempat bermulanya tamadun; 3. (of telephone) penatang gagang telefon;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dry-eyedadj tanpa menangis: he watched ~ as the coffin was lowered into the grave, tanpa menangis dia memandang keranda itu diturunkan ke dlm liang kubur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exudevi (fml) ooze out, (of liquid) merembes keluar, meleleh; (of gas, smell) keluar perlahan-lahan: sweat ~s from every pore, peluh meleleh dr setiap liang roma;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cellularadj 1. (biol) bersel: ~ tissue, tisu bersel; 2. (of textile) berlubang-lubang, berongga-rongga: ~ material, kain yg berlubang-lubang; 3. having cavities, porous, berongga-rongga, berliang-liang: ~ rocks, batu yg berongga-rongga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coursen 1. progression, perjalanan: the river meanders in its ~ to the sea, sungai itu berliku-liku dlm perjalanannya ke laut; the ~ of life from the cradle to the grave, perjalanan hidup dr buaian hingga ke liang lahad; 2. path, laluan: the ~ of the hurricane, laluan hurikan; 3. direction, haluan, arah: their ~ was due south, haluan mereka adalah ke selatan; the ship changed ~, kapal itu menukar haluan; 4. circuit, peredaran: the ~ of the moon, peredaraan bulan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas