Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.cin] | ليچين

Definisi : 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah ter­gelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak meng­gerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apa­apa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan per­kataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permuka­an) licin (dgn mengetamnya dsb): dia meng­gosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak­-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg diguna­kan utk melicinkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cin] | ليچين

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cin] | ليچين

Definisi : 1 sama rata atau tidak menggerutu permukaannya: Mukanya ~ spt telur dikupas. 2 dpt menggelincirkan (kerana berlendir atau berminyak): Dia terjatuh di bilik air kerana lantainya ~. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (spt kepala yg botak). 4 habis sama sekali; tidak bersisa sedikit pun: Wangnya ~ dicuri orang. 5 pandai melepaskan diri (drpd sesuatu kesalahan); pandai memutarbelitkan perkataan orang; pandai menipu. 6 lancar (bkn perjalanan dll); tidak tergendala: Perusahaan membuat kain itu berjalan dgn ~. ~ licau sangat licin; licin sekali. melicinkan 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. kelicinan 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. pelicinan perbuatan atau hal melicinkan. pelicin benda (minyak dll) yg digunakan utk melicinkan perjalanan jentera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
licin
1. Dalam konteks permukaan
bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap,
(adjektif:)
Berantonim dengan kesat

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras,
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan botak
( gondol, loncos, lokos, )
(adjektif:)

4. Rujuk licau 2

5. Bersinonim dengan licik
( pintar, cekap, )
(adjektif:)

6. Bersinonim dengan lancar
( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, )
(adverba:)

Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin,

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Licin bagai belut.

Bermaksud :

Tidak mudah ditipu atau ditangkap.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
insinuate~ os into, a. cause os to be accepted by stealthy, artful means, secara licin + approp v: it did not take him long to ~ himself into the boss’s favour, dlm masa yg sekejap saja, dan secara licin, dia dapat mengambil hati ketuanya; she managed to ~ herself into the confidence of the kampong people, dia secara licin dapat membuat orang-orang kampung itu percaya padanya; b. enter gradually and stealthily, menyelinap masuk: the creeper ~s itself into every cranny, tumbuhan jalar itu menyelinap masuk ke dlm setiap lubang; ~ st into, menyelinapkan sst ke dlm: to ~ fear and suspicion into so’s mind, menyelinapkan perasaan takut dan curiga ke dlm fikiran sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clean-shavenadj dicukur /licin, bersih/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crumbn 1. serbuk, serdak: bread ~s, serbuk roti; eat every ~, makan hingga /habis, licin/; 2. (fig.) secebis, sedikit: ~s of information, secebis maklumat; ~s of comfort, sedikit keselesaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clamber~ up, memanjat [n] dgn susah; he ~ed up the slippery slope, dia memanjat cerun yg licin itu dgn susah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchvi move slowly, gradually, approp v + /perlahan-lahan, sedikit demi sedikit/: we ~ed along the slippery ledge, kami bergerak perlahan-lahan di sepanjang tubir yg licin itu; afraid of falling, he ~ed back from the edge of the cliff, krn takut jatuh, dia berundur sedikit demi sedikit dr tepi tebing itu; the crowd ~ed forward, anxious to catch a glimpse of the royal couple, orang ramai yg ingin melihat wajah pasangan diraja itu mara ke hadapan sedikit demi sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greasyadj 1. covered in grease, bergris, berminyak; 2. containing a lot of oily secretions, berminyak: ~ skin must be cleansed at least twice a day, kulit berminyak mestilah dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari; 3. slippery, licin: the road was ~ after the rain, jalan raya itu licin selepas hujan; 4. ingratiating, mengampu: she distrusted the man’s ~ nature, dia curiga akan sifat mengampu lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baldnessn 1. (of person, head) kebotakan, keadaan [sso yg] botak; 2. (of hill, mountain, tree) kegondolan; 3. (of tyre) kelicinan, kebotakan, tdk berbunga, licin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feeln sensation produced by st touched, rasa: the ~ of silk, rasa sutera; the ~ of the rope around his neck, rasa lilitan tali di lehernya; have a ~, merasa; /rough, smooth, etc / to the ~, /kasar, licin, dll/ apabila /dirasa, disentuh/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facileadj 1. effortless, mudah: a ~ victory, kemenangan yg mudah; ~ reading, bacaan yg mudah; 2. fluent, lancar: a ~ speaker, penceramah yg lancar; a ~ style of writing, gaya penulisan yg lancar; 3. glib, licik, licin: a ~ liar, penipu yg licik; 4. superficial, cetek: a ~ mind, fikiran yg cetek; 5. (archaic) gentle, easygoing, lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gritn 1. (small pieces of stone) batu halus; (sand particles) pasir; (tech) kersik, grit: ~ got into his eye, pasir masuk dlm matanya; ~ was spread on the road to make it less slippery, grit ditaburkan di atas jalan supaya jalan itu tdk berapa licin; 2. pluck, determination, /ketabahan, kecekalan/ hati, /tabah, cekal/ hati: he showed he was a player with plenty of ~, dia menunjukkan bahawa dia pemain yg amat tabah hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas