[lom.bong] | لومبوڠ
Definisi : 1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tam-bang; ~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas (dikerjakan dgn menggunakan kapal korek dan bomba palung); ~ tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam (utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja lombong; melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam: kapal korek digunakan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar-besar; perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat melombong: di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya; pelombong orang yg mengusahakan lombong, tuan punya lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar bertumpu ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lom.bong] | لومبوڠ
Definisi : 1 tidak leper (bkn pinggan mangkuk dll); dalam; jeluk: pinggan ~. 2 lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam; tambang. ~ dedah lombong yg lubangnya besar dan terbuka (dikerjakan dgn kapal korek atau bomba palung). ~ tebuk lombong yg lubangnya sangat dalam, sama ada menegak atau melintang. melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam. perlombongan hal-hal yg berkaitan dgn lombong (tambang). pelombongan 1 hal atau perbuatan melombong. 2 tempat melombong. pelombong orang yg mengusahakan lombong; pemilik lombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)