Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
capaciousadj luas: a ~ pocket, kocek yg luas; a ~ room, sebuah bilik yg luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowledgeableadj berpengetahuan luas: to be ~ about politics, berpengetahuan luas ttg politik; a ~ man, orang yg berpengetahuan luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
far-flungadj 1. widely distributed, spread, luas sekali: ~ trade connections, perhubungan perdagangan yg luas sekali; the ~ British Empire, Empayar British yg luas sekali; 2. remote, terpencil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abroad /be, get, spread/ ~, be, become widespread, tersebar (luas): when the news got ~, apabila khabar itu tersebar luas; a rumour is ~ that..., khabar angin tersebar luas kononnya...; from ~, dr luar negeri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immensityn 1. vastness, luasnya, luas (terbentang): the aeroplane became a dot in the ~ of the blue, kapal terbang itu menjadi satu titik di langit yg luas terbentang; 2. greatness of scope, /amat, sangat/ besar; (of concept etc), /amat, sangat/ luas: the ~ of the problem did not daunt them, masalah yg amat besar itu tdk menggentarkan mereka; due to the ~ of the task given him..., oleh sebab kerja yg diberikan kepadanya amat besar...; 3. st immense, [various translations]: the ~ we call space, kawasan luas yg disebut ruang angkasa; a speck in the blue ~, satu titik di langit yg luas terbentang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arean 1. surface measure, luas(nya): the ~ of the room is 7 metres by 5 metres, luas bilik itu ialah 7 meter kali 5 meter; the ~ of a cone, luas kon; 2. section, part, bahagian: ~s of the brain, bahagian-bahagian otak; only certain ~s of the house are affected by dry rot, hanya pd bahagian-bahagian tertentu saja rumah itu terkena reput kering; 3. region, kawasan: a swampy ~, kawasan berpaya; the ~ around the city, kawasan di sekeliling bandar raya; ~ manager, pengurus kawasan; 4. ground set aside for specif purpose, tempat: parking ~, tempat letak kereta; picnic ~, tempat berkelah; 5. section of town, city having specif purpose, kawasan: residential ~, kawasan kediaman; commercial ~, kawasan perdagangan; shopping ~, kawasan beli-belah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
large3. wide in range, scope, etc, luas: the newspaper has a ~ circulation, akhbar itu mempunyai edaran yg luas; teenagers nowadays are given a ~ degree of freedom, golongan remaja masa kini diberi kebebasan yg luas; a ~ variety of, pelbagai: we discussed a ~ variety of topics, kami membincangkan pelbagai topik; 4. important, serious, besar: he takes a ~ part in the running of the business, dia memainkan peranan yg besar dlm menguruskan perniagaan itu; Guthrie is one of our ~st cliens, Guthrie merupakan satu antara klien terbesar kami; that is a ~ question and difficult to answer, itu soalan yg besar dan sukar dijawab;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expansen (kawasan yg) luas terbentang:a wide ~ of sea and sky, laut dan langit yg luas terbentang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broadmindedadj tolerant of varied views, berfikiran luas: a ~ person, orang yg berfikiran luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broadadj 1. wide, lebar: a ~ avenue, lebuh yg lebar; he gave her a ~ grin, dia tersenyum lebar kpd gadis itu; a ~ -shouldered man, lelaki yg berbahu lebar; 2. in breadth, lebar, lebarnya: the table is one meter ~, lebar meja itu satu meter or meja itu satu meter lebarnya; 3. of large extent, luas (terbentang), terbentang luas: they sailed the ~ seas, mereka belayar di laut yg luas terbentang; the ~ plains, dataran yg luas terbentang; 4. extensive in range, scope, luas: a man of ~ interests, lelaki yg luas minatnya; 5. liberal, luas: a ~ interpretation of the law, tafsiran undang-undang yg luas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas