Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mut] | لوموت

Definisi : sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang kayu basah, dll); ~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; rumput ~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana; berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mut] | لوموت

Definisi : tumbuh-tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair. berlumut ditumbuhi lumut: Bilik airnya ~ kerana tidak pernah dicuci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumut

Puisi
 

Anak sindorai siamang,
     Digatuk pinang Pasir Lumut;
Adik jangan tergamang,
     Hamba biasa susah hidup.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cushionn 1. soft, padded pillow or case, kusyen: she knelt on the ~ to pray, dia berlutut di atas kusyen utk berdoa; the ~s on these chairs need replacing, kusyen kerusi ini perlu ditukar; 2. st that acts like a pad, kusyen; (of moss, grass) lembut spt kusyen: ~ of air, kusyen udara; steam left in the cylinder acts as a ~ for the piston, stim yg masih ada di dlm silinder itu bertindak sbg kusyen kpd omboh; fortunately he fell on a ~ of wet moss, nasib baik dia jatuh di atas lumut yg basah yg lembut spt kusyen;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas