Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
willy-nillyadv mahu tdk mahu: we each had to learn to play a musical intrument, ~, mahu tdk mahu setiap drpd kami mesti belajar bermain satu alat muzik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
like 2 ~ it or not, mahu tdk mahu, suka tdk suka, hendak tak hendak: ~ it or not, we have to follow the rules, mahu tdk mahu kita kenalah mengikut peraturan itu; how do you ~, a. (when asking for an opinion) apa /pendapat, pandangan/ kamu ttg...: how do you ~ our new office?, apa pendapat kamu ttg pejabat baru kami?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
like 2 ~ it or not, mahu tdk mahu, suka tdk suka, hendak tak hendak: ~ it or not, we have to follow the rules, mahu tdk mahu kita kenalah mengikut peraturan itu; how do you ~, a. (when asking for an opinion) apa /pendapat, pandangan/ kamu ttg...: how do you ~ our new office?, apa pendapat kamu ttg pejabat baru kami?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sufferance n; on ~, atas dasar mahu tdk mahu: the refugees were allowed into the country on ~, orang pelarian dibenarkan masuk ke negeri itu atas dasar mahu tdk mahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deaddead-(and-)alive adj 1. (of place); 2. (of manner), /mahu tak mahu, hendak tak hendak/ sahaja: to go about o’s work in a ~ manner, membuat kerja secara mahu tak mahu sahaja; 3. (of person) tdk bersemangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
struggle b. be able to survive in spite of difficulties, hidup dgn susah payah: somehow we are struggling along on a meagre income, mahu tak mahu, kami terpaksa hidup dgn susah payah dgn pendapatan yg kecil itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amenableadj 1. always ~ to, responsive, mahu + approp v: he is not ~ to discipline, dia tdk mahu mengikut disiplin; a man who is ~ to advice, orang yg mahu mendengar nasihat; 2. willing to yield, submit, mahu mengalah: he found his future wife ~, dia mendapati bakal isterinya mahu mengalah; 3. always ~ to, answerable, responsible, bertanggungjawab: ~ to the law, bertanggungjawab thdp undang-undang; 4. able to withstand testing, tahan uji: the results were ~ to scientific laws, kesimpulan-kesimpulan itu tahan uji menurut hukum-hukum sains.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inclined/be, feel/ so ~, mahu: you can give up your job, if you feel so ~, kamu boleh berhenti kerja, jika itu yg kamu mahu; feel ~, hendak, mahu: I felt ~ to say “no” at first, mula-mulanya, saya hendak mengatakan “tidak”; do you feel ~ to go for a walk?, kamu mahu pergi berjalan-jalan?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncooperativeadj tdk mahu bekerjasama: he was ~ when she asked for his help, dia tdk mahu bekerjasama apabila diminta menolong; his ~ attitude, sikapnya yg tdk mahu bekerjasama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mindI wouldn’t ~, saya mahu: I wouldn’t ~ having a job like that, saya mahu kerja seperti itu; I wouldn’t ~ a long, cold drink, right now, saya mahu minuman sejuk dlm gelas tinggi sekarang juga; if you don’t ~, (used when askingKamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas