Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ju] | ماجو

Definisi : 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memaju­kan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ju] | ماجو

Definisi : 1 bergerak atau melangkah ke hadapan; mara: Tuan-tuan sekalian dipersilakan ~ sedikit. 2 menjadi lebih baik keadaannya dll; bertambah elok; bertambah memuaskan: Kedainya makin ~. Dia ~ dlm pelajarannya. memajukan 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. kemajuan keadaan maju; ketinggian taraf dll. pemajuan usaha (kegiatan dsb) memajukan. pemaju orang (pihak dsb) yg memajukan: ~ perumahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flourishvi 1. thrive, prosper, berkembang (maju): business is ~ing, perniagaan sedang berkembang maju; 2. grow well, /tumbuh, hidup/ subur: roses ~ in a clayey soil, pokok-pokok mawar tumbuh subur dlm tanah yg banyak tanah liatnya; 3. be in good health, segar-bugar, sihat walafiat: we’re all ~ing, kami semua segar-bugar; 4. be at the peak of development, bersemarak: the Gothic style of architecture ~ed in the 13th and 14th centuries, gaya senibina Gotik bersemarak dlm kurun ke-13 dan ke-14; 5. develop strongly, berkembang subur: poetry and drama ~ed in Elizabethan England, puisi dan drama berkembang subur di England dlm zaman Elizabeth;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jib 2 vi (of horse) berhenti dan enggan maju: the horse ~bed on seeing the snake, kuda itu berhenti dan enggan maju apabila ternampak ular;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forge2~ ahead, a. memecut ke /depan, hadapan/; b. (fig.), /mara, maju/ ke hadapan: Leeds United suddenly ~d ahead leaving their nearest rivals a long way behind, pasukan Leeds United tiba-tiba maju ke hadapan meninggalkan saingannya yg terdekat jauh di belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forward3. advanced, maju, ke depan; (of crop) lebih matang dpd biasa: their planning is much further ~ than ours, perancangan mereka jauh lebih ke depan drpd perancangan kita; be no further ~, tdk ada kemajuan: we are no further ~ in our work now than we were three months ago, tdk ada kemajuan dlm kerja kita sekarang dibandingkan dgn tiga bulan yg lalu; 4. too confident, bold, lancang: an impertinent, ~ young girl, gadis yg tdk beradab dan lancang; 5. (commerce) ke hadapan: ~ buying, pembelian ke hadapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headwayn; make ~, a. /bergerak, mara, maju/ ke hadapan: the boat could make little ~ in the storm, bot itu tdk dapat banyak bergerak ke hadapan dlm ribut itu; b. (fig.), [various translations]: are you making any ~ with the investigations?, adakah kamu mencapai sebarang kemajuan dlm penyiasatan itu?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
developc. (of business enterprise, school, small holding, etc) maju; d. (of plant, from seed) tumbuh; e. (of breasts) mula tumbuh; f. (of an argument, a particular situation) menjadi: the situation ~ed into a crisis, keadaan itu menjadi satu krisis; 2. unfold gradually, berkembang: the plot of the novel ~ed slowly in his mind, plot novel itu berkembang perlahan-lahan di dlm fikirannya; 3. become gradually visible, manifest, mula + approp v; (of fever) bermula: symptoms of measles ~ed, tanda-tanda campak mula kelihatan; sores ~ed around the site of infection, kudis-kudis mula tumbuh di bahagian yg berjangkit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behind8. less advanced than, /ketinggalan, terkebelakang/ berbanding dgn, tdk /semaju, maju spt/: a country far ~ others in technology, negara yg jauh terkebelakang berbanding dgn negara-negara lain dlm bidang teknologi; he is ~ his other classmates in physics, dia ketinggalan dlm mata pelajaran fizik berbanding dgn rakan sedarjahnya yg lain or dia tdk semaju rakan sedarjahnya dlm mata pelajaran fizik; 9. supporting, mendapat sokongan: the President had the army ~ him, Presiden mendapat sokongan tentera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forge2vi 1. advance steadily, terus /mara, maju/: the ship ~d northward through the increasingly high seas, kapal itu terus mara ke utara meredah gelombang yg semakin tinggi; 2. increase speed suddenly, memecut ke /depan, hadapan/: the runner ~d into the lead two minutes after the race started, pelari itu memecut ke hadapan sekali dua minit selepas perlumbaan bermula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
financiallyadv dr segi kewangan: a project that is not ~ viable, projek yg tdk berdaya maju dr segi kewangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gethe’s a hard-working man who is bound to ~ on, dia bekerja keras dan pasti akan maju; they was interested to know how the project was ~ting on, mereka ingin mengetahui kemajuan projek itu; how are you ~ting on in your new job?, bagaimana kemajuan kamu dlm kerja barumu?; e. manage, fare, [various translations]: how are you ~ting on these days?, apa khabar kamu sekarang?; he didn’t ~ on too well in his exams, keputusan peperiksaannya kurang baik; f. continue with st, meneruskan: while the teacher was away, the children got on with their work, semasa guru itu tiada,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas