Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.di] | مندي

Definisi : 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) mem­basuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia men­dapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku per­kelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, me­lenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini berten­tangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dika­fan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-bende­rang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.di] | مندي

Definisi : ; ~ abu sj ikan laut, kaci, mesikur, pinang, tebal bibir, Plectorhincus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.di] | مندي

Definisi : 1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Mandi di telaga di tepi jalan,
     bersunting bunga tahi ayam.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bathen (ber)mandi, berenang; go for a ~, pergi /(ber)mandi, (ber)mandi-manda, berenang/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathern orang yg /(ber)mandi, (ber)mandi-manda, berenang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathn 1. vessel, container, a. (for bathing in) /tab, takung/ mandi; b. (for immersing so., st in) takung(an), penakung: a ~ of green dye, takungan yg berisi pencelup hijau; 2. act, instance of washing, immersing, mandi; (of royalty) bersiram; (using lime and flowers) berlimau: a cold ~, mandi air sejuk; a hot ~, mandi air panas; give so. a ~, memandikan sso; /have, take a/ ~, mandi; (of royalty) bersiram; 3. water for bathing in, air mandi; (of royalty) air persiraman; 4. (usu in pl), (for public use) permandian awam, tempat mandi /awam, orang ramai/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathevi 1. swim, for pleasure etc, (ber)mandi-manda, berenang: a large number of picnickers ~s here every weekend, banyak orang yg berkelah bermandi-manda di sini setiap hujung minggu; 2. (US) take a bath, mandi; (of royalty) bersiram: to ~ twice a day, mandi dua kali sehari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathvi mandi; (of royalty) bersiram; (using lime and flowers) berlimau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blood bathn mandi darah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Bath chairn kerusi mandi beroda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bath-tubn /tab, takung/ mandi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathing-costume, bathing-suitn /pakaian, baju/ /mandi, renang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathing beautyn gadis jelita yg memakai pakaian mandi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas