Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) mem­basuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia men­dapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku per­kelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, me­lenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini berten­tangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dika­fan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-bende­rang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Sepala-pala mandi,
     biarlah basah.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bathe<i>ni> (ber)mandi, berenang; go for a ~, pergi /(ber)mandi, (ber)mandi-manda, berenang/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bather<i>ni> orang yg /(ber)mandi, (ber)mandi-manda, berenang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shower3. <i>bath in which one stands under running water,i> mandi hujan: <i>he felt revived after the ~, i>dia berasa segar semula selepas mandi hujan; /take, have/ a ~, mandi hujan: <i>I usually take a cold ~ each morning before breakfast,i> saya selalunya mandi hujan air sejuk setiap hari sebelum sarapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shower<i> while she was in the ~ the doorbell rang,i> loceng pintu berbunyi semasa dia dlm bilik mandi hujan; <i> ~ curtain,i> langsir bilik mandi hujan; ~ cap, topi mandi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bath<i>ni> 1. <i>vessel, container,i> a. <i>(for bathing in)i> /tab, takung/ mandi; b. <i>(for immersing so., st in)i> takung(an), penakung: <i>a ~ of green dye,i> takungan yg berisi pencelup hijau; 2. <i>act, instance of washing, immersing,i> mandi; <i>(of royalty)i> bersiram; <i>(using lime and flowers)i> berlimau: <i>a cold ~,i> mandi air sejuk; <i>a hot ~,i> mandi air panas; give so. a ~, memandikan sso; /have, take a/ ~, mandi; <i>(of royalty)i> bersiram; 3. <i>water for bathing in,i> air mandi;<i> (of royalty)i> air persiraman; 4. <i>(usu in pl), (for public use)i> permandian awam, tempat mandi /awam, orang ramai/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steam-bath<i> n i> 1. <i> room in which people bathe in steam,i> bilik mandi wap; 2. <i> act of taking such a bath,i> mandi wap: <i> the tired players all had a ~,i> semua pemain yg keletihan itu telah mandi wap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sauna2. <i>(room)i> bilik mandi sauna: <i>they added a ~ to the housei>, mereka menambahkan bilik mandi sauna pd rumah mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sauna<i>ni> 1. <i>steam bathi>, mandi sauna: <i>he felt better after the ~i>, dia berasa lebih segar selepas mandi sauna;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shower<i> vi have a wash by standing under a spray of water,i> mandi hujan: <i> we just had time to ~ and change,i> kami hanya ada masa utk mandi hujan dan bertukar pakaian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathe<i>vii> 1. <i>swim, for pleasure etc,i> (ber)mandi-manda, berenang: <i>a large number of picnickers ~s here every weekend,i> banyak orang yg berkelah bermandi-manda di sini setiap hujung minggu; 2. (US) <i>take a bath,i> mandi; <i>(of royalty)i> bersiram: <i>to ~ twice a day,i> mandi dua kali sehari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas