Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cang­kir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mem­punyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh; ~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1 bekas yg jeluk yg dibuat drpd tembikar, logam dsb utk diisi makanan (spt sayur-sayuran, lauk-pauk, bubur). 2 bekas bertangkai tempat mengisi minuman; cawan. ~ basuh tangan mangkuk utk diisi air basuh tangan. ~ gulai mangkuk utk diisi gulai. ~ nasi mangkuk besar utk diisi nasi. ~ perak hadiah berupa mangkuk yg biasanya dibuat drpd perak atau emas; piala. ~ pijar mangkuk yg mempunyai penutup, yg tahan panas tempat meleburkan logam. ~ tingkat (tepen) bekas bertingkat-tingkat yg dibuat drpd logam utk diisi makanan; siya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangkuk

Puisi
 

Ke bukit membeli mangkuk,
     Mangkuk dibeli buah berangan;
Sukar sulit burung kan masuk,
     Burung biasa makan di tangan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pinggan dengan mangkuk,
     salah sedikit hendak terantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dissentn 1. vessel for holding or serving food, mangkuk, bekas: vegetable ~, mangkuk sayur; baking ~, bekas bakar; butter ~, bekas mentega; 2. (in pl) crockery, pinggan mangkuk; 3. (food) masakan: he asked me to cook him his favourite ~, dia menyuruh saya memasak masakan kegemarannya untuknya; cold ~, hidangan sejuk; 4. dish-shaped receptacle, ceper, piring: petri ~, ceper petri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bowl1 n 1. deep, round vessel, mangkuk; 2. content of bowl, mangkuk: a ~ of soup, semangkuk sup; 3. hollow part (of spoon), kepala (sudu); (of tobacco pipe) kepala (paip); 4. receptacle of a toilet, mangkuk; 5. bowl-shaped depression, lembangan: the dust ~, lembangan debuKamus Inggeris-Melayu Dewan
catchvt 1. capture, menangkap: the thief has been caught, pencuri itu sudah ditangkap; to ~ butterflies with a net, menangkap rama-rama dgn tangguk; 2. attract and hold, menarik: the speaker was able to ~ the attention of the audience, penceramah itu telah dapat menarik perhatian para pendengar; 3. grasp st moving, menangkap: he caught the ball easily, dia menangkap bola itu dgn mudah; 4. receive falling object, menyambut: the fireman caught the child as she jumped from the window, ahli bomba itu menyambut kanak-kanak tersebut ketika dia terjun dr tingkap; 5. take in, retain, menadah: small bowls are used to ~ the latex, mangkuk-mangkuk kecil digunakan utk menadah susu getah; 6. hit, kena: the blow caught him in the ribs, tumbukan itu kena pd rusuknya; 7. board, menaiki: to ~ the 8.30 train, menaiki kereta api pukul 8.30;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bowlfuln mangkuk penuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gravy-boatn mangkuk jongkang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finger-bowln mangkuk basuh tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
egg-cupn mangkuk telur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crockeryn pinggan mangkuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cruciblen (container) mangkuk pijar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dish-watern air bekas basuh pinggan mangkuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas