Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.ja] | منجا

Definisi : 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.ja] | منجا

Definisi : (dlm kata majmuk) maja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.ja] | منجا

Definisi : 1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tergising-gising seperti anak tiada diakui.

Bermaksud :

Orang yang sangat manja kepada majikannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fawn2vi ; ~ /on, upon/, a. (of dog ) berlaku manja thdp: the puppy ~ed on him, anak anjing itu berlaku manja terhadapnya; b. try to win favour by acting servilely, mengampu: he ~s on the rich and mighty, dia mengampu orang yg kaya dan berkuasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unspoiled, unspoilt3. (of child) tdk manja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
poppetn1. term of endearment , sayang, manja: come along, ~. It’s bedtime, mari sayang. Sekarang waktu tidur; 2. small, dainty person , comel: isn’t his wife a ~?, isterinya comel, bukan?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mother’s boyn (colloq & derog) anak /emak, manja/: he’s such a ~, dia anak emak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
selfishadj mementingkan diri (sendiri): she was a spoilt child and grew up to be a ~ woman, semasa kanak-kanak dia terlalu manja, dan apabila dewasa dia menjadi seorang wanita yg mementingkan diri sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paw vi ; ~ at, scratch at, mencakar: my cat mewed plaintively while ~ing at the door, kucing saya mengiau manja sambil mencakar pintu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lambn 1. young sheep, anak /bebiri, biri-biri/; 2. (meat) daging bebiri muda: roast ~, daging bebiri muda panggang; 3. docile, meek person, (orang yg) menurut: yesterday he was difficult but today he’s behaving like a ~, semalam dia degil tetapi hari ini lakunya menurut sahaja; 4. (esp of young child) term of endearment, si manja: what a little ~ she is, alahai si manja ni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lambn 1. young sheep, anak /bebiri, biri-biri/; 2. (meat) daging bebiri muda: roast ~, daging bebiri muda panggang; 3. docile, meek person, (orang yg) menurut: yesterday he was difficult but today he’s behaving like a ~, semalam dia degil tetapi hari ini lakunya menurut sahaja; 4. (esp of young child) term of endearment, si manja: what a little ~ she is, alahai si manja ni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas