Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tap] | منتڤ

Definisi : 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tap] | منتڤ

Definisi : tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
establishedadj 1. set up, telah bertapak: he works with a well-~ legal firm, dia bekerja di syarikat guaman yg telah bertapak; 2. firmly accepted, sudah mantap:an ~ custom, adat yg sudah mantap; 3. be firmly associated with a particular activity, sudah mapan: ~ dressmakers, pembuat pakaian yg sudah mapan; ~ clientele, klientel (yg) mantap; 4. (of Church, religion) rasmi: Islam is the ~ religion in Malaysia, Islam ialah agama rasmi di Malaysia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fully-fledgedadj 1. (of bird) boleh terbang; 2. (real) sepenuhnya; (fully-trained) terlatih sepenuhnya; (well-established) mantap: what used to be known as the Howard’s Polytechnic, is now a ~ university, yg dahulunya dikenali sbg Howard’s Polytechnic, kini menjadi universiti sepenuhnya; a ~ architect, arkitek yg terlatih sepenuhnya; it was fairly recently that computer science became a ~ academic subject, hanya baru-baru ini sains komputer menjadi mata pelajaran yg mantap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
establish3. cause to be firmly settled or accepted, (act.) memantapkan kedudukan; (pass.) kedudukan [sso, sst] telah mantap: he soon ~ed himself as their leader, dlm masa yg singkat sahaja dia memantapkan kedudukannya sbg pemimpin mereka; the success of their latest model has ~ed the company as one of the world’s leading car manufacturers, kejayaan model terbaru mereka memantapkan kedudukan syarikat itu sbg salah sebuah syarikat pengeluar kereta yg ulung di dunia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas