Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.saʔ] | ماسق

Definisi : 1. sudah tua dan boleh dimakan (buah­buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak maka­nan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kela­kuan orang dll), sudah difikirkan (dipertim­bangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb peri­hal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentu­kan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buah­buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat lauk­pauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makan­an; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan ma­sak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) me­masak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk mema­sak; 3. Mn rempah-rempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.saʔ] | ماسق

Definisi : 1 sudah tua serta boleh dipetik dan dimakan (bkn buah-buahan): Betik ini ~ di pohon. 2 tidak mentah lagi (bkn benda-benda yg direbus, digoreng, dibakar dll); sudah empuk dan boleh dimakan: Nasinya sudah ~. 3 ki sudah berpengalaman; sudah tahu dan faham benar: Dia sudah ~ dgn perangai anak-anaknya. Perkara itu telah difikirkan ~-~. bermasak dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. memasak membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. masak-memasak hal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~. memasakkan 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur. masakan barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. pemasakan perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. pemasak 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.


Lihat selanjutnya...(145)
Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cookeryn art of cooking, masak, masak-memasak, masakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
advisedlyadv setelah berfikir /dalam-dalam, masak-masak, panjang/: he stayed away from the meeting ~ , setelah berfikir dalam-dalam dia tdk menghadiri pertemuan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-bakedadj 1. not completely cooked, /setengah, separuh/ masak; 2. (colloq) not properly thought out, separuh masak: ~ ideas, idea separuh masak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curriedadj masak kari: ~ fish, ikan masak kari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cookingadj used in cooking, masak: ~ oil, minyak masak; ~ apples, epal utk masakan; ~ utensils, perkakas dapur; n 1. act of preparing food, memasak: I don’t enjoy ~, saya tdk gemar memasak; 2. result of this, masakan: obviously he doesn’t like Japanese ~, jelas bahawa dia tdk suka akan masakan Jepun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
culinaryadj 1. connected with kitchens or cooking, masak-memasak; (of skill) memasak: she was skilled in all the ~ arts, dia mahir dlm seni masak-memasak; the dinner gave me an opportunity to show off my ~ skills, jamuan makan malam itu memberi saya peluang utk menunjukkan kebolehan saya memasak; ~ triumph, masakan yg sangat istimewa: the meal was an example of ~ triumph, hidangan itu ialah contoh masakan yg sangat istimewa; 2. used in or suitable for cooking, utk masakan: ~ herbs, daun perasa utk masakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boiledadj rebus: ~ onions, bawang rebus; (of eggs); hard-~, rebus; half-~, /separuh, setengah/ masak; soft-~, /separuh, setengah/ masak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cookn one who prepares food, memasak; (as an occupation) tukang masak; my mother’s a wonderful ~, ibu saya pandai memasak; he works as a ~ at the town’s poshest restaurant, dia bekerja sbg tukang masak di restoran yg paling hebat di bandar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doneadj 1. completed, finished, (sudah) selesai: my work is ~, kerja saya sudah selesai; 2. cooked, sudah masak; ~ to a turn, well ~, cukup masak; 3. socially acceptable, sopan, beradab: it’s not ~ to gulp down your drink, adalah tdk beradab utk menggogok minuman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immatureadj (not fully grown or developed) belum matang; (unripe) belum masak, masih muda: an ~ girl, gadis yg belum matang; an ~ mind, fikiran yg belum matang; his poetry is ~, puisinya masih belum matang; insects like to attack ~ fruit, serangga suka menyerang buah yg belum masak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas