Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta] | مات

Definisi : 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
detectiveadj mengesan: ~ ability, kebolehan mengesan; n mata-mata gelap, detektif: private ~, mata-mata gelap persendirian; a ~ story, cerita detektif.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cootn (sl) mata-mata, polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bobbyn (UK), (colloq) polis, mata-mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dick1n (sl) mata-mata gelap, detektif.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
copper 2n (sl) mata-mata, polis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eyeglassn /kaca mata, cermin mata/ satu kanta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blink~ /away, back/, /mengerdipkan, mengerlipkan, mengerjipkan, mengedipkan, mengejapkan/ mata utk menahan: she ~ed back the tears, dia mengerdipkan mata utk menahan air mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brokenadj 1. shattered, pecah: a ~ windscreen, cermin depan yg pecah; a ~ cup, cawan yg pecah; a piece of ~ /glass, metal, etc/, serpihan /kaca, logam, dll/; 2. severed, putus: the detectives examined the ~ rope, mata-mata gelap memeriksa tali yg putus itu; a ~ light beam, alur cahaya yg putus; he tried to repair their broken relationship, dia mencuba memulihkan hubungan mereka yg putus; 3. snapped, fractured, patah: a badly ~ arm, tangan yg patah teruk; one of the table’s legs is ~, salah satu drpd kaki meja itu patah; the gardener cleared away the ~ branches, tukang kebun itu membuang ranting-ranting yg patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eyen 1. organ of sight, mata: many insects have compound ~s, banyak serangga mempunyai mata majmuk; glaucoma is an ~ disease, glaukoma ialah penyakit mata; she has blue ~s, matanya biru; 2. area around the eye including eyelids, mata: she must have been crying because her ~s were swollen, dia pasti telah menangis sebab matanya sembap; she has round ~s, matanya bulat; 3. (often in pl)power of seeing, mata, penglihatan: he ruined his ~s by reading in dim light, matanya rosak krn dia suka membaca dlm cahaya lampu malap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flashyadj (derog) menjolok mata: ~ jewellery, barang kemas yg menjolok mata; cheap, ~ clothes, pakaian murah yg menjolok mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas