Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalikkan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flick1~ st over, membalikkan sst (dgn cepat): Zaiton ~ed over the application form and signed it, Zaiton membalikkan borang permohonan itu dgn cepat lalu menandatanganinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fold1~ st in, (in cooking) mengaup dan membalikkan: now ~ in the flour, sekarang kaup dan balikkan tepung itu; ~ so. in o’s arms, /memeluk, mendakap/ sso: she ~ed the baby in her arms,dia memeluk bayi itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas