Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cutb. (by splitting, halving) membelah: to ~ wood, membelah kayu; to ~ the apples into halves, membelah dua epal-epal itu; c. (by slicing) menghiris: ~ the onions and fry until golden brown, hiris bawang dan goreng hingga kuning; d. (with scissors) memotong, menggunting: to ~ velvet, memotong kain baldu; e. (with saw) menggergaji; f. (with axe) mengapak; 3. also ~ down, fell, menebang: to ~ the old rubber trees, menebang pokok getah tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleavevt (liter. or old use) split into two, (act.) membelah; (pass.) terbelah: he swung his spade cleaving the earth with a loud crunch, dia mengayunkan penyodok membelah tanah dgn bunyi derak yg kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halvevt 1. divide into two, membahagi dua; (by cutting) /membelah, memotong/ dua: she ~d the tomatoes, dia memotong dua buah-buah tomato itu; 2. share equally, membahagi dua, memperdua: he ~d the winnings with his son, dia membahagi dua hadiah kemenangan itu dgn anaknya; 3. lessen by half, mengurangkan separuh: the new aircraft has ~d the journey across the Atlantic, kapal terbang baru itu telah mengurangkan separuh masa perjalanan merentasi lautan Atlantik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chop 1vt 1. cut with an axe, memotong; (by splitting) membelah: to ~ firewood, memotong kayu api; 2. cut into small pieces, mencencang: to ~ up the meat and vegetables, mencencang daging dan sayur; 3. slash, menebas, merambah, membabat: he ~ped his way through the undergrowth, dia menebas semak utk membuat jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bisectvt 1. cut into two equal parts, membahagi dua sama: to ~ an angle, membahagi dua sama sudut; 2. cut or split into two, membelah dua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas