Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.bar.kan] | ممبوبرکن

Definisi : 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.bar.kan] | ممبوبرکن

Definisi : 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membubarkan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dissolvevt 1. melt, liquefy, melarutkan: ~ the salt in water, larutkan garam dlm air; 2. cause to break up or come to an end, membubarkan: to ~ Parliament, membubarkan Parlimen; to ~ a marriage, membubarkan perkahwinan; 3. cause to vanish, menghilangkan, melenyapkan: the cheerful atmosphere of the party ~d his anger, suasana riang di majlis itu telah menghilangkan kemarahannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disbandvt cause to break up, membubarkan: the army was ~ed after the peace treaty was signed, pasukan tentera itu telah dibubarkan selepas perjanjian damai ditandatangani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abolishvt 1. do away with, (gen) menghapuskan; (tax) memansuhkan: to ~ slavery, menghapuskan pengabdian; 2. annul, memansuhkan: to ~ a law, memansuhkan undang-undang; 3. dissolve, membubarkan: the Ministry of the Navy has been ~ed, Kementerian Tentera Laut telah dibubarkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas