Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ka] | ممبوک

Definisi : 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuka

Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
beanfull of ~s, riang, gembira; spill the ~s, /membuka, memecahkan/ tembelang, membuka rahsia, mendedahkan segala-galanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doorlay the blame at so’s ~ mempersalahkan sso; leave the ~ open, membuka pintu: the visit by the Prime Minister left the ~ open for further negotiations, lawatan Perdana Menteri itu membuka pintu utk rundingan selanjutnya; /open, close/ the ~, /membuka, menutup/ pintu: the signing of the agreement will open the ~ to better trade opportunities with the West, perjanjian yg ditandatangani itu akan membuka pintu kpd peluang perdagangan yg lebih baik dgn negara-negara Barat; out of ~s, di luar: it was much warmer out of ~s, lebih panas lagi di luarKamus Inggeris-Melayu Dewan
dismantlevt 1. undo the parts of, membuka: to ~ an engine, membuka enjin; 2. (fig.) bring to an end, memansuhkan, menghapuskan: it took a long time to ~ the complex tax system, utk memansuhkan sistem cukai yg kompleks itu mengambil masa yg lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fling~ st off, remove st hurriedly, membuka sst dgn /tergesa-gesa, terburu-buru/: as soon as they got home from school the children flung off their clothes and jumped into the swimming pool, sebaik saja mereka pulang dr sekolah, budak-budak itu membuka pakaian dgn tergesa-gesa dan terjun ke dlm kolam renang; ~ st on, put st on hurriedly, /memakai, mengenakan/ sst dgn /tergesa-gesa, terburu-buru/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break ~ the news (to so.) menyampaikan berita (kpd sso); ~ open, pecah; ~ st open, membuka dgn mengopak; ~ o’s promise, /mungkir, tdk menepati/ janji; ~ (up) a set, memecahkan set; ~ o’s silence, /membuka, memecahkan/ rahsia; /(ter)salah, ketinggalan/ langkah; ~ o’s word, mungkir janji, tdk /menepati, mengotakan/ kata; ~ the water, muncul di permukaan air; ~ wind, buang angin, kentut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakTak habislah wang saya!; ~ a confidence, /memecahkan, membuka/ rahsia; ~ even, emerge without loss or gain, /pulang, dapat/ modal; ~ o’s fast, berbuka (puasa); ~ free, see ~ away (sense a.); ~ /jail, gaol/, /melepaskan diri, melarikan diri, lari/ dr penjara; ~ o’s journey, berhenti dlm perjalanan; (at a certain place) singgah di... dlm perjalanan: we broke our journey several times, kami berhenti beberapa kali dlm perjalanan; we broke our journey at several small towns, kami singgah di beberapa buah bandar kecil dlm perjalanan; ~ loose, see ~ away (sense a.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clinchn pelukan: the referee broke the ~, pengadil membuka pelukan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cat~ - and-dog, spt kucing dgn anjing; let the ~ out of the bag, /membuka, membocorkan, memecahkan/ rahsia; like a ~ on /hot bricks, a hot tin roof /, spt cacing kepanasan; play ~ and mouse with so., mempermainkan sso, rain ~s and dogs, hujan turun /mencurah-curah, selebat-lebatnya/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt3n sudden dash, meluru; make a ~, meluru; make a ~ for it, cabut lari, membuka langkah seribu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
airvt 1. ventilate, menganginkan, mengudarakan: to ~ the room by opening all the windows, menganginkan bilik dgn membuka semua tingkap; 2. expose to air for drying, menganginkan: bedding should be thoroughly ~ed, alatan tempat tidur haruslah dianginkan dgn sempurna; 3. publicize, mengemukakan: she ~ed her views on a number of subjects, dia mengemukakan pendapatnya mengenai beberapa perkara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas