Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.hi.tung.kan] | ممڤرهيتوڠکن

Definisi : 1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.hi.tung.kan] | ممڤرهيتوڠکن

Definisi : ingat akan atau memikirkan sesuatu: Hal itu tidak perlu diperhitungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
consider4. make allowances for, memperhitungkan, memikirkan: you must ~ his inexperience, kamu mesti memikirkan bahawa dia tdk berpengalaman; his reaction is not hard to understand if you ~ his upbringing, reaksinya tdk sukar difahami sekiranya kita memperhitungkan didikan yg diterimanya; 5. look at, study, merenung, memperhatikan: I ~ed him for some time before giving an answer, saya merenungnya seketika sebelum memberikan jawapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calculatevt 1. compute, mengira, menghitung: to ~ the interest on savings, mengira faedah atas simpanan; 2. estimate, mengira-ngira, memperhitungkan: to ~ the chances of success, mengira-ngira kemungkinan akan tercapainya kejayaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allowancemake ~(s) for, a. give concession, memberikan kelonggaran: we must make ~s for his youth, kita mesti memberikan kelonggaran krn usianya yg muda; b. allow for, mengambil kira, memperhitungkan: we must make ~s for the condition of the roads, kita mestilah mengambil kira keadaan jalan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break7. change, perubahan: the few days at the seaside made a pleasant ~, beberapa hari di pantai itu merupakan suatu perubahan yg menyenangkan; there is no sign on the weather map of any ~ in the weather, dlm peta cuaca itu tdk ada sebarang tanda perubahan cuaca akan berlaku; 8. deviation (of ball) kelencongan (pantulan) bola: the batsman didn’t allow for the ~, pemukul tdk memperhitungkan kelencongan pantulan bola; 9. departure, penyimpangan: this ~ with normal procedure has given rise to some problems, penyimpangan drpd tatacara yg biasa ini telah menimbulkan beberapa masalah; a ~ with tradition, penyimpangan drpd tradisi; 10. (snooker etc) brek: his biggest ~ before this match is 87, skornya yg paling tinggi sebelum pertandingan ini ialah 87;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accountb. for o’s own purpose, utk (kepentingan) dirinya sendiri; on no ~, not on any ~, tidak sekali-kali; (imper) jangan sekali-kali: do not on any ~ tell them where I am, jangan sekali-kali memberitahu mereka di mana saya berada; on ~ of so., on so’s ~, /kerana, untuk/ sso: to make sacrifices on so’s ~, berkorban kerana sso; /settle, square/ ~s, a. /menjelaskan, melangsaikan, melunaskan/ hutang, menyelesaikan kira-kira; b. (fig.) membalas dendam; take st into ~, take ~ of st, /mempertimbangkan, memperhitungkan/ sst; /turn, put/ st to (good) ~, menggunakan sst dgn baiknya: in his book, he has put his knowledge of local culture to good ~, dlm bukunya, dia menggunakan pengetahuannya ttg kebudayaan tempatan dgn baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas