Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Peribahasa

Membandarkan air ke bukit.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
beachvt menaikkan ke darat, menyadaikan di darat: to ~ a boat, menaikkan perahu ke darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elevatevt 1. move to higher position, mengangkat, menaikkan: to ~ the statue upon its base, mengangkat patung ke atas tapaknya; 2. cause to rise, menaikkan:the gas will ~ the balloon, gas akan menaikkan belon itu; 3. make higher, meninggikan: to ~ the railway lines, meninggikan landasan kereta api; 4. appoint (to exalted position) mengangkat: he was ~d to the position of Grand Vizier, dia diangkat menjadi Wazir Besar; 5. uplift, a. (morally) meninggikan akhlak; b. (intellectually) menambah pengetahuan: the new series of documentaries will, it is hoped, ~ the young viewers’ understanding, siri filem dokumentari yg baru itu, diharapkan, akan menambah pengetahuan penonton yg muda;6. (RC) mengangkat; 7. raise axis of (gun) mendongakkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bump~ up, menaikkan, menyebabkan [sst] naik: the wage increase ~ed up prices, kenaikan gaji menaikkan harga barang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hikevt (US) increase, menaikkan: they ~d the price of goods just before Christmas, mereka menaikkan harga barang betul-betul sebelum hari Krismas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creditbe a ~ to /so., st/, bring ~ to /so., st/, menaikkan nama /sso, sst/: these students are a ~ to their school, pelajar-pelajar ini telah menaikkan nama sekolah mereka; do so. ~, be a cause for praise, respect, sangat membanggakan: our netball team does us ~, pasukan bola jaring kita sangat membanggakan; gain ~, semakin dipercayai: the rumour is gaining ~, khabar angin itu semakin dipercayai; give so. ~ for, a. see n (sense 3.); b. believe so. to be, sangka: he’s smarter than I gave him ~ for, dia lebih pandai drpd yg saya sangka; have to o’s ~, berjaya menghasilkan: she has ten books to her ~, dia telah berjaya menghasilkan sepuluh buah buku; lend ~ to, menguatkan kepercayaan orang thdp: this latest news lends ~ to the story, berita terbaru ini menguatkan kepercayaan orang thdp cerita tersebut; /be, stand/ to o’s ~, sso patut dipuji: it is to her ~ that she never shirked the issue, dia patut dipuji krn tdk pernah mengetepikan isu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force~ st up, (price), (act.) menyebabkan [harga] naik, menaikkan [harga]; (pass.) [harga] naik: the government ~d up the price of tobacco, kerajaan menaikkan harga tembakau; petrol prices were ~d up by the crisis in the Middle East, harga minyak naik krn krisis di Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inflamevt a. arouse anger in, /menaikkan, membangkitkan/ kemarahan; (used with “further, “all the more”, etc) menyebabkan [sso] marah: his words ~d the crowd, kata-katanya menaikkan kemarahan orang ramai; her unkind remarks only ~d him further, kata-katanya yg kesat menyebabkan lelaki itu bertambah marah; b. cause to be agitated, merangsangkan, memberangsangkan: a speech that only served to ~ the audience, ucapan yg merangsangkan para pendengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elevationn 1. act of moving to higher position, pengangkatan, penaikan, mengangkat, menaikkan; 2. act of causing to rise, penaikan, menaikkan; 3.act of making higher, peninggian; 4. act of appointing, pengangkatan; 5. (RC) pengangkatan; 6. height, a. (altitude esp above sea-level) ketinggian, aras tinggi: the hotel is located at an ~ of 3,000 metres, hotel itu terletak pd ketinggian 3,000 meter;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
increasevt menambah; (price, rate, tax, wage, etc) menaikkan: proper husbandry ~d his flock, pengurusan yg baik menambah bilangan ternakannya; the police will have to ~ their vigilance, pihak polis terpaksa menambah kawalan mereka; to ~ taxes, menaikkan cukai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aboard/climb, come, get, go/ ~ ship etc, naik ke (kapal dll); put /so., st/ ~ ship etc, menaikkan /sso, sst/ ke (kapal dll); take so. ~ ship etc, membawa sso naik ke (kapal dll); take st ~ ship etc, menaikkan sst ke (kapal dll).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas