Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bear25. endure, sustain, a. (suffering, hardship, etc) menanggung: she bore her suffering with great courage, dia menanggung penderitaannya dgn tabah; b. (pain) menahan: the poor child could not ~ the pain, kanak-kanak yg malang itu tdk dapat menahan rasa sakit; 6. tolerate, stand, put up with, tahan, sanggup; (person) tahan dgn: I cannot ~ being kept waiting, saya tak tahan dibiarkan menunggu sahaja; she couldn’t ~ that man anymore, dia sudah tdk tahan lagi dgn orang itu; 7. carry in the womb, dikandung, (di) dlm kandungan: she was overly concerned about the condition of the child she was ~ing, dia terlalu memikirkan keadaan bayi yg dikandungnya itu; 8. conceive, mengandung: the accident also rendered her incapable of ~ing children, kemalangan itu menyebabkan dia tdk dapat mengandung; 9. yield, produce, menghasilkan: bonds ~ing interest of 6% per annum, bon yg menghasilkan faedah pd kadar 6% setahun; the fruit trees should ~ a good crop this year, pohon buah-buahan itu dijangka akan menghasilkan buah yg banyak tahun ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
absorb3. consume, menyerap, menampung: the local market could not ~ the surplus sugar, pasaran tempatan tdk dapat menyerap lebihan bekalan gula; 4. defray, menanggung: the wholesaler agreed to ~ the advertising costs, pihak pemborong bersetuju menanggung kos pengiklanan; 5. incorporate, menyerap: the business was ~ed by a larger company, perniagaan itu telah diserap oleh sebuah syarikat yg lebih besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incurvt bring on one self, a. (so’s displeasure, wrath, hatred, etc), /menyebabkan, membuat, menjadikan/ [sso marah, benci akan, dsb] pd: I seemed to have ~red his displeasure, nampaknya saya telah menyebabkan dia marah pd saya; b. (loss, debt, etc) menanggung: he ~red large debts during the weeks he spent in Las Vegas, dia menanggung hutang yg banyak semasa seminggu dia berada di Las Vegas; c. (expense) (terpaksa) menanggung: she ~red heavy expenses due to problems with the car, dia terpaksa menanggung perbelanjaan yg besar akibat kerosakan yg kerap berlaku pd keretanya; d. (fine, punishment, penalty, etc) dikenakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equanimityn ketenangan: she bears her misfortunes with remarkable ~, dia menanggung nasib malangnya dgn ketenangan yg luar biasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bear2vt 1. bring, carry, membawa: they came ~ing gifts for the bride, mereka datang membawa hadiah utk pengantin perempuan; 2. support (without giving way) menahan: the bridge will not ~ the weight of the vehicle, jambatan itu tdk dapat menahan berat kenderaan tersebut; 3. shoulder, assume, be accountable for, memikul, menanggung: as a managing director, he ~s heavy responsibilities, sbg pengarah urusan, dia memikul tanggungjawab yg berat; the management agrees to ~ part of the expenses for the anniversary dinner, pihak pengurusan bersetuju menanggung sebahagian drpd perbelanjaan utk majlis makan malam sempena ulang tahun itu; 4. suffer, be subjected to, menanggung, menderita: the guilty have to ~ the consequences of their misdeeds, yg bersalah harus menanggung akibat drpd perbuatan salah mereka; some companies went bankrupt while many others had to ~ heavy losses, beberapa buah syarikat jatuh bankrap sementara banyak lagi yg terpaksa menanggung kerugian besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortituden /ketabahan, kecekalan/ (hati); with ~, dgn /tabah, cekal/ (hati): he suffered the pain with ~, dia menanggung kesakitan itu dgn tabah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
besidesprep 1. in addition to, di samping, selain: ~ her mother, she has a brother to support, di samping ibunya, dia juga menanggung seorang adik; to think of others ~ oneself, memikirkan orang lain di samping diri sendiri; she learned other languages ~ French, dia mempelajari bahasa-bahasa lain di samping bahasa Perancis; 2. except, selain: there’s no one here ~ the two of us, tdk ada sesiapa di sini selain kita berdua; there’s nothing you can do ~ making the best of the situation, tdk ada apa-apa yg dapat kamu lakukan selain menghadapi keadaan itu dgn sebaik-baiknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abide~ by, a. be faithful to, adhere to, (tetap) berpegang pd, mematuhi: to ~ by a promise, berpegang pd janji; b. comply with, accept, mematuhi, menerima (dan mematuhi): to ~ by the decision of the majority, menerima dan mematuhi keputusan ramai; they have agreed to ~ by all the rules, mereka bersetuju utk mematuhi segala peraturan; c. endure, menanggung: to ~ by the consequences, menanggung akibatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humiliationn 1. (act) memalukan: they broke his spirit by constant ~, mereka mematahkan semangatnya dgn sentiasa memalukannya; 2. (state, instance) berasa malu, aib: the ~ of having to surrender cannot be borne, malu krn terpaksa menyerah tdk dapat di tanggung; she had to suffer many ~s, dia telah banyak menanggung malu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
casualtyn 1. person(s) injured or killed, (orang) yg terbunuh atau (ter)cedera; (attrib) kecederaan: there were 15 casualties in the train accident, 15 orang terbunuh atau cedera dlm kemalangan kereta api itu; ~ ward, wad kecederaan; 2. (in war) korban perang; ~ list, daftar korban perang; 3. loss in numerical strength, kerugian: both sides sustained heavy casualties, kedua-dua belah pihak menanggung kerugian besar; 4. accident, disaster, nahas: the typhoon was responsible for many casualties at sea, taufan itu menyebabkan beberapa banyak nahas di laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas