Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1. menangkap atau menahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
engagingadj menawan (hati): an ~ smile, senyuman yg menawan; ~ manner, perangai yg menawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adorableadj 1. lovable, menawan hati: an ~ child, seorang anak yg menawan hati; ~ little kittens, anak-anak kucing yg menawan hati; 2. charming, cantik: what an ~ hat!, (alangkah) cantiknya topi itu!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
charmingadj menawan: ~ manners, tingkah laku yg menawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
captivatingadj menawan (hati): a ~ smile, senyuman yg menawan hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beguilingadj menawan (hati), memikat hati: a ~ smile, senyuman yg menawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conquestmake a ~ of, menawan hati: he has made a ~ of her, dia telah berjaya menawan hati gadis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
captivatevt (act.) menawan hati; (pass.) tertawan: the singer completely ~d her audience, penyanyi itu benar-benar menawan hati para penonton; ~d by her charm, tertawan oleh daya penariknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beguilevt charm (act.), /menawan, memikat/ hati; (pass.), (hati) /tertawan, terpikat/: her eyes ~d him, matanya menawan hati lelaki itu; 2. deceive (act.) memperdaya; (pass.) terpedaya, diperdaya: she was ~d by the salesman’s glib talk, dia teperdaya oleh kepetahan jurujual itu; 3. cause (time etc) to pass pleasantly, mengisi /waktu, masa/: we ~d the hours by playing cards, kami mengisi waktu dgn bermain terup; 4. amuse, menghibur(kan) (hati): their uncle ~d them with stories and riddles, bapa saudara mereka menghiburkan hati mereka dgn bercerita dan berteka-teki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alluringlyadv sangat menarik; (smile, look, etc) menawan, memikat, menggoda: the proposition was worded very ~, cadangan itu disusun dgn kata-kata yg amat menarik; to look ~ at so., memberikan pandangan yg menawan kpd sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alluringadj sangat menarik; (of smile, look, etc) menawan, memikat, menggoda: an ~ prospect, suatu kemungkinan yg sangat menarik; an island remote and ~, pulau yg terpencil dan sangat menarik; an ~ smile, senyuman yg menawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas