Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencapai

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kita baru mencapai pengayuh,
     orang sudah tiba ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
attainvt 1. reach, achieve, mencapai: we want to ~ the highest standards, kami ingin mencapai tingkat yg paling tinggi; to ~ happiness, mencapai kebahagiaan; ~ o’s majority, mencapai usia dewasa; 2. obtain, memperoleh, mencapai: he ~ed distinction in the field of medicine, dia memperoleh kemasyhuran dlm bidang perubatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
achievevt mencapai: to ~ success, mencapai kejayaan; to ~ o’s aims, mencapai matlamat sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arrive~ at, mencapai: to ~ at a decision, mencapai keputusan; to ~ at a price, mencapai persetujuan ttg harga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compoundvi mencapai persetujuan: he ~ed with his creditors for a reduction in the interest rate, dia mencapai persetujuan dgn pemiutangnya supaya kadar bunga dikurangkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blankdraw a ~, tdk /mencapai, mendapat, memperoleh/ apa-apa hasil, tdk berhasil sama sekali: the investigation into the kidnapping drew a ~, penyiasatan ttg penculikan itu tdk mencapai apa-apa hasil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accomplishvt 1. complete successfully, menyempurnakan, melaksanakan (dgn sempurna): to ~ an undertaking, menyempurnakan sesuatu yg telah disanggupi; 2. achieve, mencapai kejayaan, melaksanakan dgn jayanya; (aim, purpose, etc) mencapai: he has definitely ~ed more than his predecessor, dia pasti telah mencapai lebih banyak kejayaan drpd penyandang jawatan yg terdahulu daripadanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
add~ up, a. see vi; b. result in correct total, mencapai jumlah yg betul: the figures somehow do not ~ up, angka-angka itu entah bagaimana tdk mencapai jumlahnya yg betul; c. make sense, munasabah, masuk akal, dapat diterima: statements that just do not ~ up, kenyataan-kenyataan yg tdk munasabah; ~ st up, see vt (sense 1. b.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clinchvt 1. fix firmly, mematikan: to ~ a nail, mematikan paku; 2. settle conclusively, mencapai penyelesaian; (argument) mengunci: he was able to ~ the deal, dia berjaya mencapai penyelesaian dlm urus niaga itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
attain~ to, (fml) a. (by deliberate effort) memperoleh: to ~ to wealth, memperoleh kekayaan; b. (by moral, intellectual effort) mencapai: to ~ to perfection, mencapai kesempurnaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fulfil~ os, mencapai cita-cita sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas