Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.rah.kan] | منچرهکن

Definisi : 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin mencerahkan ruang yang kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: mencerahkan kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): mencerahkan kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu mencerahkan wajahnya yang tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya): mencerahkan kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan mencerahkan pertumbuhan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rah.kan] | منچرهکن

Definisi : menjadikan cerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencerahkan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
brightenvt also ~ up, 1. cast light on, menerangi: the moon ~ed the landscape, bulan menerangi kawasan itu; 2. make more shiny, mengilatkan, mengilaukan: a good polishing will ~ up the silverware, barang-barang perak itu dapat dikilatkan jika digilap dgn baik; 3. make more vivid, menerangkan, mencerahkan, membuat sst /terang, cerah/: he ~ed the picture by adding touches of red, dia menerangkan gambar itu dgn membubuh warna merah sedikit di sana sini; 4. make more auspicious, mencerahkan, membuat [n] cerah: a change in management ~ed his prospects, pertukaran pihak pengurusan membuat harapannya cerah; 5. make more cheerful, enliven, memeriahkan: his presence ~ed up the rather dull occasion, kehadirannya memeriahkan majlis yg agak membosankan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas