Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dam.pi.ngi] | مندمڤيڠي

Definisi : 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apa­bila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk ber­ada dekat dgn atau di sisi (seseorang), meng­hampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (meng­asingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dam.pi.ngi] | مندمڤيڠي

Definisi : mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendampingi


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dangle~ /about, after, around/ , stay close to, mendampingi: he’s been dangling about the girl for weeks, dia telah mendampingi gadis itu berminggu-minggu lamanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dump3. (colloq & derog) abandon, leave, meninggalkan: he ~ed me for a sixteen-year old, dia meninggalkan saya utk mendampingi gadis yg berumur enam belas tahun; 4. (commerce) melambakkan: the government accused a foreign car manufacturer of having ~ed cars on the local market, kerajaan mendakwa pengilang kereta luar negeri telah melambakkan kereta mereka di pasaran tempatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas