Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.du] | مڠادو

Definisi : 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, mem­perlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. mem­beri­tahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan per­tolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta ke­adilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.du] | مڠادو

Definisi : 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadu

Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
confidevi tell o’s private thoughts to, mengadu: she ~d in me, dia mengadu pd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lawhave the ~ on so., (colloq), /memanggil, mengadu kpd/ polis: I’ll have the ~ on you if I catch you doing that again, saya akan mengadu kpd polis kalau saya dapat menangkap kamu melakukannya lagi; lay down the ~, make a statement, a. (with real authority) membuat keputusan, memutuskan: the minister decided that it was time to lay down the ~ about certain matters, menteri itu mengambil keputusan utk memutuskan beberapa perkara tertentu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confidantn tempat mengadu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complainvi 1. express displeasure, grumble, merungut, bersungut: she ~s about everything, dia merungut ttg semua perkara; 2. formally state o’s grievances, mengadu: if you do not stop your continuous banging, I shall ~ to the police, jika kamu tdk berhenti mengetuk saya akan mengadu kpd polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greenhornn (colloq) 1. inexperienced, gullible person, approp n + yg /masih hijau, kurang berpengalaman/: the officer complained that his platoon is full of ~s, pegawai itu mengadu yg platunnya penuh dgn askar-askar yg masih hijau; 2. (US) immigrant, pendatang baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cricket 2n (game) kriket; not ~, (colloq) tak patut: since he had already done me a favour it wouldn’t have been ~ to tell on him, oleh sebab dia telah menolong saya, maka tdk patut saya mengadu ttg halnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buggern 1. (UK), (colloq & taboo), (applied to people) a. (showing contempt or anger) bodoh, babi: you stupid ~! You almost killed me!, bodoh! Saya hampir mati tadi!; that ~! He’s ruined my chances!, babi betul dia! Habis peluang aku!; b. (showing sympathy) dia: the poor ~ didn’t know who to turn to, kasihan dia. Dia tdk tahu kpd siapa hendak mengadu; c. (said in jocular and friendly raillery), [various translations, sometimes not translated]: the cheeky little ~ ate my sandwich, budak nakal tu makan sandwic saya; you lucky ~!, untung betul kamu!; come on, old ~!, Let’s get you home, marilah! Kami hantar kamu pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast~ a horoscope, meramalkan nasib; ~ a shadow on (st), (lit.) membayangi (sst); ~ a slur on so’s reputation, mencemarkan nama baik sso, memburuk-burukkan (nama sso); ~ a spell on, put a spell on, menyihir; ~ a vote, membuang undi; ~ adrift, menghanyutkan; ~ an eye (over), melihat /sepintas lalu, sekali imbas/; ~ anchor, melabuhkan sauh; be ~ ashore, terdampar di pantai; ~ aspersions on, melemparkan celaan thdp; ~ in o’s lot with, turut mengadu untung dgn; ~ lots, mencabut undi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appetiten 1. desire for food, drink, selera, nafsu makan: the swim had given them all an ~, berenang membangkitkan selera mereka; have an ~ (for food, drink) berselera, mempunyai selera: normally the boy has a good ~, biasanya budak lelaki itu berselera; spoil /o’s, so’s/ ~, (menyebabkan sso) /patah selera, tdk lalu makan/: don’t spoil your ~ by eating sweets before dinner, jangan makan gula-gula sebelum makan malam, nanti patah selera; the cakes have spoilt his ~, kek yg dimakannya itu menyebabkan dia patah selera; 2. desire to satisfy bodily needs, nafsu: sexual ~, nafsu seks; 3. desire, inclination, hasrat, keinginan: he seems to have lost all ~ for life, dia nampaknya telah hilang keinginan utk hidup; tales that whetted the boy’s ~ for adventure, cerita-cerita yg membangkitkan keinginan budak itu utk mengadu untung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas