Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ingratiatingadj (derog) 1. (of person) suka /mengampu, mengangkat, berbuat-buat baik dgn sso/; 2. (of smile) mengampu, mengangkat; (manner) suka /mengangkat mengampu/: what I can’t stand about him is his ~ manner, yg saya tdk berkenan tentangnya ialah perangainya yg suka mengampu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flattervt 1. praise insincerely, mengangkat (-angkat), memuji: he got what he wanted by ~ing the manager, dia mendapat apa yg dikehendakinya dgn mengangkat pengurus itu; you ~ me. I’m not that pretty, kamu mengangkat saya. Saya tidaklah secantik itu; 2. (usu pass.) cause to be pleased, berbesar hati, berasa bangga: I am ~ed to be invited to address this assembly, saya berbesar hati krn diundang utk berucap di perhimpunan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elevatevt 1. move to higher position, mengangkat, menaikkan: to ~ the statue upon its base, mengangkat patung ke atas tapaknya; 2. cause to rise, menaikkan:the gas will ~ the balloon, gas akan menaikkan belon itu; 3. make higher, meninggikan: to ~ the railway lines, meninggikan landasan kereta api; 4. appoint (to exalted position) mengangkat: he was ~d to the position of Grand Vizier, dia diangkat menjadi Wazir Besar; 5. uplift, a. (morally) meninggikan akhlak; b. (intellectually) menambah pengetahuan: the new series of documentaries will, it is hoped, ~ the young viewers’ understanding, siri filem dokumentari yg baru itu, diharapkan, akan menambah pengetahuan penonton yg muda;6. (RC) mengangkat; 7. raise axis of (gun) mendongakkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ up, a. raise, mengangkat: he held up his hand, dia mengangkat tangannya; b. keep raised, menyokong; c. delay, (act.) menggendalakan; (pass.) tergendala: traffic was held up because of flash-floods, lalu lintas tergendala disebabkan banjir kilat; d. rob, merompak: three masked men held up the bank today, tiga lelaki bertopeng telah merompak bank itu hari ini; ~ so. up, a. delay so., (act.) menahan sso; (pass.) sso tertahan: I was held up at the meeting, saya tertahan di mesyuarat itu; b. show, exhibit (as a model, example) menjadikan: the eldest brother is always being held up as an example to the other children, abang yg sulung itu selalu dijadikan contoh kpd anak-anak yg lain; ~ o’s head up, menegakkan kepala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carryc. (heavy object) mengangkat: we need six men to ~ the piano upstairs, kami memerlukan enam orang utk mengangkat piano itu ke tingkat atas; d. (coffin, stretcher, etc) mengusung; e. (litter) menandu, mengusung; f. (a heavy load on the shoulder or back) memikul; g. (st by suspending it from both ends of a pole that is resting on the shoulder) mengandar; h. (on the shoulder) menggalas: one man carried a fishing rod, the other a shotgun, seorang lelaki menggalas joran, yg seorang lagi menggalas selaras senapang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heftvi 1. hoist, lift, mengangkat: he ~ed the pack onto his shoulders, dia mengangkat bungkusan itu ke atas bahunya; 2. weigh by lifting, menimbang angkut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eyebrown (bulu) kening, alis; raise o’s ~s, (act.) menyebabkan [sso] mengangkat kening; (pass.) mengangkat kening; up to o’s ~s, (colloq) sangat sibuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavevt 1. lift with effort, mengangkat (dgn susah payah): the two men ~d the sacks onto the lorry, kedua-dua lelaki itu mengangkat guni-guni ke atas lori; ~ os, bangun dgn susah payah; 2. pull with effort, menarik dgn kuat; 3. (colloq) throw, menghumbankan: they ~d the body overboard, mereka menghumbankan mayat itu ke luar kapal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flatteringadj 1. that contains insincere praise, mengangkat(-angkat), pujian: he has become immune to their ~ remarks, dia sudah lali dgn kata-kata yg mengangkat; 2. that makes one look better, membuat sso kelihatan lebih + approp adj; (of photograph, picture), [sso] kelihatan lebih + approp adj dlm: the light is ~ to her complexion, cahaya lampu itu membuat kulit mukanya kelihatan lebih cantik; there were at least three pictures of her, and all were ~, ada sekurang-kurangnya tiga gambar gadis itu, dan dia kelihatan lebih cantik dlm kesemuanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
butteryadj 1. containing butter, bermentega; 2. (colloq) insincerely flattering, mengangkat-angkat sahaja: ~ words, kata-kata yg mengangkat-angkat sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas