Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.pit] | مڠاڤيت

Definisi : 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pit] | مڠاڤيت

Definisi : 1. menyepit, menghimpit, me­nindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pit] | مڠاڤيت

Definisi : 1 menekan dr kedua-dua belah tepi atau sisi; menghimpit; menyepit. 2 menemani atau membantu (raja, pengantin dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.pit] | مڠاڤيت

Definisi : 1 menekan (melekatkan) sesuatu atau seseorang di antara dua benda; menjepit; menghimpit: Ali ~ bangkai ular itu dgn kayu lalu membuangnya ke sungai. 2 menempatkan di tengah-tengah dua benda (orang dsb): Dua orang polis telah ~ orang yg dituduh itu ketika dibawa ke mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapit (kata nama)
1. Bersinonim dengan iringan: teman, kawan, pembantu,

2. Bersinonim dengan sepit: himpit, lindis, tekan, gigit, kacip,

Kata Terbitan : berkapit, mengapit, terkapit, pengapit,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clampvt mengapit: he ~ed the two pieces of wood together, dia mengapit kedua-dua keping papan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flankvt (often pass.) mengapit: the avenue was ~ed by palm trees, lebuh itu diapit oleh pokok-pokok palma; the standard-bearer, ~ed by two lieutenants, approached the podium, pembawa panji, diapit oleh dua orang leftenan, berjalan menghampiri podium ituKamus Inggeris-Melayu Dewan
cramp 2vt 1. secure, a. (with cramp-iron) menjangkar; b. (with clamp) mengapit; 2. confine, restrict, mengongkong: an educational system that ~s the mind, sistem pendidikan yg mengongkong fikiran; lack of funds ~ed our efforts, kekurangan wang mengongkong usaha kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas