Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarahkan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
direction3. management, supervision, tugas /mengarahkan, mengetuai/: the ~ of the project was entrusted to him, tugas mengarahkan projek itu dipertanggungjawabkan kepadanya; under /so’s ~, the ~ of so./, di bawah arahan sso; 4. way in which st develops, arah (sst); (in a certain field) haluan: the reforms fell short of expectations but they were a step in the right ~, usaha pemulihan itu tdk spt yg dijangka tetapi merupakan langkah yg positif ke arah itu; new ~s in drama, haluan baru dlm drama; 5. guiding principle, haluan: they were without ~ in their lives, kehidupan mereka tanpa haluan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
direct5. aim, menujukan: the comments were ~ed at a particular group, komen-komen itu ditujukan kpd kumpulan tertentu; 6. supervise, mengarahkan, mengetuai: he ~ed the whole operation, dia mengarahkan keseluruhan operasi itu; 7. (fml) order, mengarahkan: government servants have been ~ed to declare their assets, kakitangan kerajaan telah diarahkan mengisytiharkan aset mereka; 8. (film, play, etc) mengarahkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halt 1 vt 1. cause to stop marching, journeying, etc, mengarahkan supaya berhenti: the captain ~ed his men at the top of the hill, kapten itu mengarahkan orang-orangnya supaya berhenti di atas puncak bukit itu; 2. cause to discontinue, (act.) menyebabkan terhenti; (pass.) terhenti; (deliberately) menghentikan: heavy rain ~ed play for an hour, hujan lebat menyebabkan permainan terhenti selama sejam; to find ways to ~ corruption, mencari jalan utk menghentikan rasuah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aim~ at, a. direct (gun) towards, /membidik, menenang/ ke arah; b. direct (blow, kick, missile etc) towards, mengarahkan + approp n pd: she ~ed at his head but hit the wall instead, dia mengarahkan pinggan itu kpd kepala lelaki itu tetapi terkena dinding; c. have as o’s objective, mempunyai matlamat; (position, job) /berhasrat, bercita-cita/ utk: a country that ~s at becoming the world’s largest producer of palm oil, sebuah negara yg mempunyai matlamat utk menjadi pengeluar minyak kelapa sawit yg terbesar di dunia; he ~ed at the prime ministership, dia berhasrat utk menjadi perdana menteri; ~ st at, see vt.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alert/keep, put/ troops etc on the ~, /memerintahkan, mengarahkan, menyuruh/ pasukan tentera dll /bersiap sedia, berawas-awas, berjaga-jaga/; on the ~, dlm keadaan /berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada, bersiap sedia/: they were on the ~ for any sudden attack, mereka berada dlm keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku serangan mengejut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aimvt 1. direct at target, a. (gun, pistol, etc) membidikkan, mengacukan; b. (blow, kick, missile) mengarahkan: he picked up a stone and ~ed it at the dog, dia mengambil seketul batu lalu mengarahkannya kpd anjing itu; c. (camera) mengarahkan, menghalakan; 2. direct, a. (efforts, study, work, etc), (act.) menujukan; (pass.) bertujuan: his efforts were ~ed at improving their working conditions, usaha-usahanya bertujuan utk memperbaiki keadaan bekerja mereka; b. (remark, criticism, satire, etc) menujukan: a satire ~ed at the nouveau riche, satira yg ditujukan kpd orang kaya baru; 3. intend, menujukan: these educational television programmes are ~ed at young audiences, rancangan televisyen pendidikan ini ditujukan kpd penonton muda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
head3. be in front, di hadapan sekali dlm, mengepalai: our school band ~ed the procession, pasukan pancaragam sekolah kami di hadapan sekali dlm perarakan itu; 4. steer, guide, mengarahkan: the guard on duty ~ed us through the proper exit, pengawal yg bertugas mengarahkan kami melalui pintu keluar yg betul; 5. strike with head, menanduk: he ~ed the ball to the left wing, dia menanduk bola itu kpd pemain sayap kiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jettisonvt 1. membuang: the captain ordered the cargo to be ~ed, kapten mengarahkan supaya muatan kapal itu dibuang; 2. (fig.) membuang; (old practices, outmoded methods, etc) membuang, meninggalkan: to ~ antiquated ideas, membuang buah fikiran yg kolot.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearb. (of people) mengosongkan: the judge ordered the court to be ~ed, hakim mengarahkan supaya mahkamah dikosongkan; c. (from confused thoughts) melapangkan, melegakan: as our thoughts were becoming muddled, he suggested that we take a break to ~ our heads, disebabkan fikiran kami mula bercelaru, dia mencadangkan supaya kami berehat sebentar utk melapangkan fikiran; 5. remove blemish from, membersihkan: the vitamin will help ~ your skin of pimples, vitamin itu dapat membantu membersihkan kulit mukamu drpd jerawat; 6. finish dealing with, (work) menghabiskan, menyelesaikan, membuat; (problem) menyelesaikan: can you ~ all this work before you go?, bolehkah kamu menghabiskan kesemua kerja ini sebelum kamu pergi?; 7. make as net gain or profit, mendapat .... bersih: they ~ed $10,000 on the deal, mereka mendapat $10,000 bersih dlm urus niaga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
angle 1 vt 1. place, move at an angle, menyerongkan: he ~d his car into the parking space, dia menyerongkan keretanya masuk ke tempat letak kereta; 2. (colloq) present from a particular viewpoint, /mengemukakan, menulis/ [sst] sesuai dgn sudut pandangan [n]: the article seems to be ~d at working mothers, rencana itu dikemukakan sesuai dgn sudut pandangan ibu-ibu yg bekerja; 3. strike, hit at an angle, memukul [sst] menyudut: he ~d the ball over the net, dia memukul bola itu menyudut melangkau jaring; 4. direct at an angle, mengarahkan: she ~d a look behind her, dia mengarahkan pandangannya ke belakang; to ~ a camera, mengarahkan kamera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas