Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
compositionn 1. act of composing, a. (literary work) mengarang; b. (song, music, etc) penggubahan; c. (printing) penyusunan huruf; 2. st composed, a. (work of art) gubahan; b. (song, music, etc) gubahan; c. (essay) karangan, esei; 3. constituent parts, kandungan, komposisi; (of a body of people) komposisi: to analyse the ~ of the soil sample, menganalisis kandungan sampel tanah; the ~ of the working commitee, komposisi jawatankuasa kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bringe. utter st, mengucapkan sst: she was so shocked she could hardly ~ out a word, dia begitu terkejut sehingga hampir tdk dapat mengucapkan sepatah kata pun; f. produce st, mengeluarkan sst; (of author), /menghasilkan, mengarang/ sst; (of publisher) menerbitkan sst: the company will be ~ing out a new brand of shampoo in early May, syarikat itu akan mengeluarkan syampu jenama baru pd awal bulan Mei; ~ so. out in, menyebabkan sso + approp v: don’t give him any lobster as it will ~ him out in a rash, jangan beri dia makan udang karang krn ini akan menyebabkan dia mendapat ruam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
composevt 1. (usu in pass.) make up, form, (act.) membentuk; (pass.) terdiri: the various scenes that ~ the play, pelbagai babak yg membentuk lakon itu; the assembly was ~d of delegates from several nations, perhimpunan itu terdiri drpd wakil-wakil beberapa negara; water is ~d of two parts hydrogen and one part oxygen, air terdiri drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen; 2. write, a. (literary work) mengarang: to ~ poems, mengarang sajak; b. (song, music, etc) menggubah; 3. put together esp in an artistic way, menggubah: to ~ a painting, menggubah sebuah lukisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inveiglevt 1. create, design st new, mencipta, mereka; (tech) merekacipta, mencipta, mereka: we had to ~ new words to describe these processes, kami terpaksa mencipta perkataan-perkataan baru utk menerangkan proses-proses tersebut; what did we do before the wireless was ~ed?, apa yg kita buat sebelum wayarles dicipta?; to ~ a mechanical tapping knife, merekacipta alat penoreh getah mekanikal; 2. make up, membuat-buat, mereka(-reka); (story) membuat-buat, mereka(-reka), mengarang: he ~ed some excuse to explain his absence, dia membuat-buat dalih utk menerangkan mengapa dia tdk hadir; stop ~ing stories about your neighbours!, jangan lagi mereka-reka cerita ttg jiran kamu!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas