Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
honevt mengasah, mengilir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gadgetn alat: a new ~ for sharpening knives, alat baru utk mengasah pisau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgebe on the ~ of st, hampir-hampir + approp v: on the ~ of tears, hampir-hampir menangis; on the ~ of bankruptcy, hampir-hampir bankrap; put an ~ on, a. (blade) menajamkan, mengasah, mengilir: to put an ~ on the axe, menajamkan kapak; b. (appetite) membuka: the exercise put an ~ on his appetite, senaman itu membuka seleranya; c. (argument) menajamkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furbishvt 1. polish, menggilap: to ~ an old silver cup, menggilap piala perak yg lama; 2. also ~ up, improve the appearance, condition of, mem(per)baharui; (language) mengasah: this room needs to be ~ed up, bilik ini perlu diperbaharui.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grindvt 1. crush, a. (with circular motions) mengisar: to ~ coffee beans, mengisar biji-biji kopi; the corn was ground into flour, jagung itu dikisar menjadi tepung; b. (by pounding) menumbuk: she ground the chillies into a paste, dia menumbuk cili itu hingga lumat; c. (with stone roller) menggiling; 2. sharpen, mengasah, menajamkan: to ~ a knife, mengasah pisau; 3. polish (lens, precious stones) mencanai; 4. grate (teeth) mengeritkan; 5. press and rub hard, menenyeh-nenyeh: he ground the half-finished cigarette with his shoe, dia menenyeh-nenyeh rokok yg telah dihisap separuh dgn kasutnya; 6. operate by turning, memutarkan: to ~ an organ, memutarkan organ;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas