Definisi : menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)