Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
glance~ off, a. mengenai sipi, menyipi: the spear ~d off his shield, lembing itu mengenai sipi perisainya; b. (fig.) tdk meninggalkan apa-apa kesan pd: the cruel remark just ~d off her, kata-kata yg tajam itu tdk meninggalkan apa-apa kesan padanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hit2. reach, get at with missile etc, (act.) mengenai; (pass.) kena (+ approp n or v): the torpedo ~ its target, torpedo itu mengenai sasarannya; the oil refinery has been ~, kilang penapis minyak itu kena bom; help! I have been ~, tolong! Saya kena tembak; 3. knock, bump, terhantuk: he ~ his knee on the table leg, lututnya terhantuk pd kaki meja; 4. collide, melanggar, merempuh: the bus ran off the road and ~ a tree, bas itu terbabas lalu melanggar sebatang pokok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impingevi; ~ on, ~ upon, (fml) a. strike, kena pd, mengenai: the rays of light that ~ upon the retina, pancaran cahaya yg kena pd retina; b. have an effect on, meninggalkan kesan pd, mempengaruhi: these new ideas ~ on the political consciousness of the students, idea-idea baru ini meninggalkan kesan pd kesedaran politik para pelajar; c. encroach on (rights, property, etc of another) mencerobohi: I would not want to ~ on his area of authority, saya tdk mahu mencerobohi bidang kuasanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bull’s-eyen 1. centre of target, /pusat, mata/ /sasaran, bulan-bulan/: his shot hit the ~, tembakannya mengenai pusat sasaran; 2. shot hitting centre of target, tembakan tepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
everydeterminer 1. each single, setiap, tiap-tiap: he has read ~ book on the subject, dia telah membaca setiap buku mengenai subjek itu; the paper is published ~ day, surat khabar itu diterbitkan setiap hari; ~ time I see you you’re in some kind of trouble, setiap kali saya berjumpa dgn kamu, kamu dlm kesulitan; ~ student in the class passed, setiap pelajar dlm kelas itu lulus; 2. all of, setiap: he spent ~ cent he had, dia telah membelanjakan setiap sen yg dia ada;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greatadj 1. big in size, extent, etc, (sangat) besar: this ~ lump of rock just missed my head, batu yg besar ini nyaris-nyaris mengenai kepala saya; a ~ gathering of all the clans takes place every year, perhimpunan yg besar suku-suku kaum diadakan setiap tahun; there has been a ~ change in him lately, terdapat perubahan yg besar pd dirinya akhir-akhir ini; a ~ contribution to the world of science, sumbangan yg sangat besar kpd dunia sains; drug addiction is a ~ problem, penagihan dadah ialah satu masalah yg sangat besar; the ~ majority of, sejumlah besar:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hitn 1. blow, stroke, pukulan; (with fist) tumbukan: he succeeded in putting the ball into the hole with only two ~s, dia berjaya memasukkan bola itu ke dlm lubang dgn hanya dua pukulan; a ~ on the head, satu pukulan di kepala; the boxer gave his opponent a hard ~ on the nose, petinju itu melepaskan satu tumbukan yg kencang ke hidung lawannya; 2. shot that reaches its aim, approp n + yg mengenai sasaran: a direct ~ completely destroyed the building, tembakan yg tepat mengenai sasaran memusnahkan seluruh bangunan itu; score a ~, mengenai sasaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
findhe didn’t ~ my remarks at all amusing, dia berasa kata-kata saya sama sekali tdk menggelikan hati; do you ~ that more people are visiting the museum than before?, pd perasaan encik adakah lebih ramai orang yg melawat muzium sekarang drpd dahulu?; we all found the play a great disappointment, kami semua mendapati drama itu sangat mengecewakan; 5. work out, mencari, mendapatkan: little effort has been made to ~ a solution, hanya sedikit usaha sahaja yg dijalankan utk mencari penyelesaian; 6. (leg.) mendapati: the court found the accused guilty, mahkamah mendapati yg dituduh bersalah; 7. reach, sampai kpd; (target etc) mengenai: do you think this letter will ~ him?, kamu fikir surat ini akan sampai kepadanya?; the bullet found its mark, peluru itu mengenai sasarannya; the blow found his chin, tumbukan itu mengenai dagunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aimn 1. directing weapon etc at object, bidikan, tenangan: his ~ is excellent, bidikannya tepat sekali; take ~, membidik, menenang; 2. target, sasaran: the bullet missed its ~, peluru itu tdk mengenai sasarannya; 3. intention, tujuan, matlamat: our ~ is to double production within the next five years, matlamat kami ialah utk menggandakan pengeluaran dlm masa lima tahun akan datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homeH~ Affairs, Hal-Ehwal Dlm Negeri; ~ trade, dagangan dlm negeri; goods manufactured for the ~ market, barang-barang yg dibuat utk pasaran tempatan; 5. (sports) a. (of match) di tempat sendiri: ~ match, perlawanan di tempat sendiri; b. (of team, crowd) tuan rumah; 6. native, asal: Sweden is his ~ country, Sweden ialah negara asalnya; 7. to the point, tepat mengenai sasaran: a ~ thrust, tikaman yg tepat mengenai sasaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas