Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.san] | مڠسن

Definisi : 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.san] | مڠسن

Definisi : 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
detectvt 1. discover, perceive, mengesan: to ~ a note of anger in his voice, mengesan nada kemarahan pd suaranya; to ~ the presence of poisonous gases, mengesan adanya gas-gas beracun; the cause of the illness has been ~ed, punca penyakit itu telah dapat dikesan; 2. bring to light, reveal, menjumpai, mendapati: the burglars were ~ed in the act of breaking in, pencuri-pencuri itu dijumpai semasa sedang memecah masuk ke dlm rumah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
detectiveadj mengesan: ~ ability, kebolehan mengesan; n mata-mata gelap, detektif: private ~, mata-mata gelap persendirian; a ~ story, cerita detektif.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inspectvt memeriksa: they ~ed the whole house for traces of dry rot, mereka memeriksa seluruh rumah itu utk mengesan penyakit buruk kering; an officer ~ed their kit, seorang pegawai memeriksa perlengkapan mereka; the President ~ed the guard of honour, Presiden itu memeriksa perbarisan kehormatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
derivevt 1. obtain, acquire, mendapat, memperoleh; (character, quality, etc) mewarisi: the mills ~ power from the new dam, kilang-kilang itu mendapat tenaga drpd empangan baru itu; he ~s pleasure from music, dia mendapat keseronokan drpd muzik; he ~d his enthusiasm for the theatre from his father, dia mewarisi minat thdp seni teater drpd bapanya; 2. deduce, membuat, menarik: to ~ a conclusion from the facts presented, membuat kesimpulan drpd fakta-fakta yg dibentangkan; 3. trace source, origin, formation of, mengesan asal: the dictionary ~s the word “bloom” from old Norse “bloom”, kamus itu mengesan asal perkataan “bloom” drpd perkataan dlm bahasa Norse lama “bloom”; be ~d from, berasal drpd: the ceremony is ~d from an ancient Hindu custom, upacara itu berasal drpd adat resam Hindu purba; 4. trace descent of, menyusurgalurkan; 5. (chem & math) menerbitkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas