Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
frontvt menghadap ke: the house ~s the lake, rumah itu menghadap ke tasik; windows ~ing the street, tingkap-tingkap yg menghadap ke jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontvi menghadap: the building ~s towards the north, bangunan itu menghadap ke utara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
front~ onto, menghadap ke: the hotel ~s onto the sea, hotel itu menghadap ke laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courtbe presented at ~, datang menghadap raja; go to ~, membawa (sst perkara) ke mahkamah; pay ~ to, mencuba memikat: to pay ~ to a pretty woman, mencuba memikat seorang perempuan yg cantik; settle out of ~, menyelesaikan [sst] di luar mahkamah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arraignmentn 1. (leg.) menghadap tuduh; 2. act of finding fault with, (perbuatan) /menyalahkan, mempersalahkan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arraignvt 1. (leg.) menghadap tuduh; 2. find fault with, menyalahkan, mempersalahkan: he ~ed the party for its lack of foresight, dia menyalahkan parti krn tdk berpandangan jauh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eastadv ke (arah) timur: the house faces ~, rumah itu menghadap ke timur; the ship sailed ~ for ten days, kapal itu belayar ke timur selama sepuluh hari; ~ of, di (sebelah) timur: ~ of Suez, di (sebelah) timur Suez;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontagen buka depan: the building is on a corner, with ~s to two streets, bangunan itu terletak di satu sudut yg buka depannya menghadap ke dua batang jalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
audiencen 1. assembly of listeners, spectators, (para) /penonton, hadirin/; 2. listener etc reached by, a. (book, magazine, etc) khalayak, para pembaca; b. (film, television programme, etc) penonton; c. (radio broadcast), (para) pendengar; 3. following, pengikut; (of entertainer) peminat; 4. formal interview, menghadap: to grant so. an ~, memperkenankan sso menghadap; to request an ~ with the king, memohon perkenanan raja utk menghadap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aspectn 1. appearance to the eye, aspek: the physical ~ of the country, aspek fizikal negeri itu; 2. facet, phase, aspek, segi: other ~s of the employment conditions should also be considered, aspek-aspek lain ttg keadaan pekerjaan hendaklah dipertimbangkan juga; 3. way in which st may be considered, aspek, segi: to study the problem from various ~s, mengkaji masalah itu dr berbagai-bagai aspek; 4. facial expression, mien, wajah, roman, air muka, rupa, paras: a man with a gentle ~, seorang lelaki yg berwajah lembut; 5. position facing particular direction, /menghadap, mengarah, menghala/ ke: the block of flats has a northern ~, blok rumah pangsa itu menghadap ke utara; 6. side facing particular direction, bahagian: the dorsal ~ of a fish, bahagian dorsal ikan; 7. (gram.) aspek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas