Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
enlivenvt make lively (party, occasion, etc) merancakkan, menghidupkan; (book, story, etc) menghidupkan: his arrival ~ed the party, ketibaannya merancakkan parti itu; the chairman tried to ~ the discussion, pengerusi itu cuba merancakkan perbincangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
animate5. put to action , menghidupkan, menggerak-gerakkan: her nimble fingers ~d the puppets , jari-jarinya yg tangkas menghidupkan patung-patung itu; 6. (cinemat) menganimasikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inject~ st into, see vt; ~ life into st, menghidupkan sst: to ~ new life into an organization, menghidupkan sesebuah pertubuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
animatevt 1. make alive, menghidupkan: we do not know what ~ the body cells, kita tdk tahu apakah yg menghidupkan sel badan; 2. enliven, brighten up, [various translations]: to ~ a discussion, merancakkan perbincangan; her gaiety ~d us all, keriangannya menggirangkan kami semua; the presence of celebrities would ~ the party, kehadiran orang-orang yg terkenal akan memeriahkan majlis itu; a wide grin ~d her face, senyuman lebar menyerikan wajahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gingervt; ~ up, (colloq) menghidupkan, menghangatkan: he has some ideas which might ~ up the occasion, dia ada beberapa idea yg boleh menghangatkan majlis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fire~ st up, start an engine, menghidupkan enjin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kindlevt 1. ignite, a. (fire) menyalakan, menghidupkan: to ~ a fire, menyalakan api; b. (combustible substance) menyebabkan terbakar: a spark from the train ~d the dry grass, bunga api dr kereta apiKamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ so. back to; ~ so. back to health, memulihkan kesihatan sso; ~ so. back to life, menghidupkan sso semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
animationn 1. liveliness, vivacity, a. (of manner) dgn /rancak, bersemangat, penuh semangat/: she told the story with great ~, dia bercerita dgn amat rancak; b. (of scene) menghidupkan: little bullock carts give ~ to the scene, kereta-kereta lembu yg kecil menghidupkan pemandangan itu; 2. (cinemat) a. (technique) animasi; b. see ANIMATED CARTOON.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call7. appeal, seruan: to answer the ~ of the country, menyahut seruan negara; a ~ for the restoration of traditional values in our society, seruan utk menghidupkan kembali nilai-nilai tradisional dlm masyarakat kita; 8. demand, permintaan: not much ~ for embroidered table cloths these days, tdk banyak permintaan utk alas meja bersulam pd masa ini; 9. need, perlu: there is no ~ for you to get angry, kamu tdk perlu naik marah; 10. allure, panggilan, seruan: the ~ of the sea, panggilan laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas