Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.lur.kan] | مڠهولورکن

Definisi : 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di­kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman­jang­kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan­jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun­jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan­tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan­jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem­berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.lur.kan] | مڠهولورکن

Definisi : 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Ku­cing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulur
Kata Terbitan : menghulur, menghulur-hulur, menghulurkan, huluran,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
handvt 1. pass, menghulurkan, mengunjukkan, menyuakan: ~ the coat to me, hulurkan kot itu kpd saya; 2. hold out a helping hand, menghulurkan tangan dan memimpin: he ~ed the lady across the puddle, dia menghulurkan tangan dan memimpin wanita itu utk lalu di tempat yg becak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extend5. widen, broaden, meluaskan, memperluas: the government will ~ its foreign aid programme, kerajaan akan meluaskan program bantuan asing; the company plans to ~ its operations into mining, syarikat itu merancang utk memperluas operasinya dan memasuki bidang perlombongan; 6. proffer, menghulurkan: she ~ed the report to the manager, dia menghulurkan laporan itu kpd pengurus; 7. offer, (welcome, hospitality, asylum, credit, etc) memberikan; (invitation) menghulurkan; (condolence, greetings, etc) menyampaikan; (aid, assistance) menghulurkan, menyampaikan, memberikan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extend3. enlarge, membesarkan, memperbesar; (boundary) meluaskan, memperluas: with the extra money you can now afford to ~ the house, dgn wang tambahan itu kamu sekarang mampu membesarkan rumahmu; 4. stretch out, spread out, a. (arms), (forward) menghulurkan, merentangkan; (horizontally) mendepangkan: try to ~ your arms horizontally, cuba depangkan tanganmu; b. (hand) menghulurkan: he ~ed his hand to greet us, dia menghulurkan tangannya utk menyambut kami; c. (legs) melunjurkan, merentangkan; d. (wings) mengembangkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ out, a. stand fast, resist, bertahan: the little band of soldiers cannot ~ out much longer, kumpulan kecil askar itu tdk dapat bertahan lebih lama lagi; b. last, tahan lagi; (of supplies) masih ada: I think the tyre will ~ out until we get to a garage, saya fikir tayar itu boleh tahan lagi sehingga kita tiba di bengkel; ~ out st, a. stretch out st, menghulurkan sst: the man held out his hand as a gesture of friendship, lelaki itu menghulurkan tangannya sbg tanda persahabatan; b. offer st, memberikan sst: the job ~s out little prospect of promotion, pekerjaan itu memberikan prospek yg tipis dlm kenaikan pangkat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
give5. allow (so.) to have, memberi: just ~ me time to change my clothes, berilah saya masa utk bersalin pakaian; she was not ~n any choice, dia tdk diberi sebarang pilihan; he gave his wife ten minutes to get ready, dia memberi isterinya sepuluh minit utk bersiap; 6. convey (regards, love, thanks, etc) menyampaikan: ~ my regards to the family, sampaikan salam saya kpd keluarga; 7. proffer (hand) menghulurkan: he gave the lady his hand and then escorted her to dinner, dia menghulurkan tangannya kpd wanita itu lalu mengiringnya masuk ke bilik makan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas