[me.ngun.ju/.kan] | مڠونجوقکن
Definisi : memberitahu dgn menunjuk, memperlihatkan, menunjukkan: Penghulu ~ tempatnya dan tempat ibu bapanya berkedai itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngun.ju/.kan] | مڠونجوقکن
Definisi : 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngun.ju/.kan] | مڠونجوقکن
Definisi : 1 menghulurkan (tangan) ke atas, ke hadapan ataupun kpd; menganjurkan: Masing-masing ~ tangan utk bersalam dgn pembesar itu. 2 memberikan sesuatu dgn tangan terhulur: Ia ~ buku itu kpd adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)