Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : sj tumbuhan, belinjau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,

Puisi
 

Sirandah daunnya hijau,
     Ambil sepenggal akan pelacut;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Akan mencari lawanan patut.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
brieflyadv 1. in a brief way, secara ringkas: an attempt to survey ~ the effects of pollution, usaha utk meninjau kesan-kesan pencemaran secara ringkas; 2. in brief, pendeknya, ringkasnya, pendek kata: ~, the procedure adopted consisted of..., pendeknya, prosedur yg digunakan terdiri drpd...; 3. for a short time, dlm masa yg /singkat, pendek/; (for an instance) sebentar, sekejap: he served as Prime Minister ~ in the fifties, dia menjadi Perdana Menteri utk masa yg singkat dlm tahun 50-an; she came in ~ to greet me, dia masuk sebentar utk menyapa saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ ahead, a. proceed first, pergi dahulu: the group leader went ahead to survey the area, ketua kumpulan itu pergi dahulu utk meninjau kawasan itu; b. proceed without interruption, teruskan: if you want to take the risk, ~ ahead, jika kamu mahu menghadapi risikonya, teruskan; c. take action on o’s own, pergi: you can ~ ahead and report me to the police, kamu boleh pergi dan membuat aduan ttg saya kpd polis; d. progress, maju; (of work) berjalan: if a person wants to ~ ahead he must be prepared to work hard, jika hendak maju seseorang mestilah bersedia utk bekerja kuat; work on the bridge is ~ing ahead, kerja-kerja membina jambatan sedang berjalan; e. continue with journey, meneruskan perjalanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aloftadj & adv 1. up above, di atas; 2. upwards, ke atas 3. (naut) a. on higher part of ship, di puncak layar: he stayed ~ to watch for sharks, dia berada di puncak layar utk meninjau ikan yu; b. to higher part of ship, ke puncak layar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas