[men.swas.ta.kan] | منسواستاکن
Definisi : memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yg diurus oleh kerajaan kpd pengendalian pihak swasta (dgn kerajaan memungut cukai drpd keuntungan yg diperoleh), menjadikan swasta (bukan lagi milik kerajaan): ada rancangan utk ~ beberapa jenis perkhidmatan yg kini dikendalikan oleh kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.swas.ta.kan] | منسواستاکن
Definisi : memindahkan hak milik sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan kpd pihak swasta; menjadikan sesuatu sbg swasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)