Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (peng­hulu); 2. (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih­putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning­kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasa­nya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (mérah) sj ikan laut; ~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~ boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut, Pinjalo spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Bermaksud :

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blushvi 1. redden, menjadi merah, naik merah: she ~ed with shame, mukanya menjadi merah krn malu; his face ~ed crimson at their remarks, mukanya menjadi merah apabila mendengar komen-komen mereka; ~ to the roots of o’s hair, muka sso /menjadi merah, naik merah/; 2. be ashamed, berasa malu: I ~ to admit my error, saya berasa malu utk mengakui kesalahan saya; 3. become rosy, memerah, menjadi merah: the eastern sky ~ed with the approach of dawn, langit sebelah timur memerah apabila fajar menyingsing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flush1vi 1. redden, menjadi merah, memerah; (in anger), (menjadi) merah padam: she ~ed at the compliment, mukanya menjadi merah krn dipuji; his face ~ed with anger, mukanya merah padam krn marah; 2. (of toilet) dipam: the toilet won’t ~, jamban itu tdk dapat dipam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
between6. (indic two or more alternatives) antara: a choice ~ pink and red, pilihan antara warna merah jambu dgn warna merah; choose ~ him and me, pilih antara dia dgn saya; 7. separating, distinguishing, antara: the difference ~ butter and margarine, perbezaan antara mentega dgn marjerin; the distinction ~ right and wrong, perbezaan antara yg betul dgn yg salah; 8. confined to, sesama: this is strictly ~ ourselves, ini adalah sesama kita sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flushedadj 1. red, (of face, cheeks, etc) merah; (of person) muka sso merah: his face was ~ after a day in the sun, mukanya merah setelah sehari berjemur; 2. (fig.), (with success, victory) sangat gembira; (with joy, pride, etc) penuh: ~ with pride, Mrs Braithwaite presented her son, who had just graduated, to her guests, dgn penuh bangga, Puan Braithwaite memperkenalkan anaknya yg baru tamat pengajian kpd para tetamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fade~ into, a. (a different colour) memudar menjadi: the red ~s into pink on the edge of the petal, warna merah memudar menjadi merah jambu pd pinggir kelopak bunga itu; b. (a different season, time of day, etc) beransur-ansur bertukar menjadi: as summer ~s into autumn, apabila musim panas beransur-ansur bertukar menjadi musim luruh; c. hide, disappear among st, menghilang: the three convicts ~d into the night, ketiga-tiga banduan itu menghilang dlm kegelapan malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flush1n 1. redness of the skin, merah: the child’s face had a healthy ~, muka budak itu merah tanda sihat; bring a ~ to o’s face, menjadikan muka sso merah padam; 2. mechanism for flushing toilets, pam (jamban); (tech) kumbah; 3. surge (of emotion), [various translations]: he felt a sudden ~ of anger, rasa marah menyirap dlm dirinya; in a ~ of pride his normally undemonstrative father embraced him fondly, krn tiba-tiba berasa bangga, bapanya yg biasanya tdk memperlihatkan perasaan, memeluknya dgn rasa sayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cherryadj merah ceri: ~ lips, bibir yg merah ceri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
floridadj 1. red, flushed, merah: he has a ~ complexion, wajahnya merah; 2. excessively ornate, terlalu berbunga-bunga: a ~ writing style, gaya penulisan yg terlalu berbunga-bunga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blushn 1. involuntary reddening of the face, (muka) /menjadi, naik/ merah: a ~ rose to her cheeks as she confessed, pipinya menjadi merah ketika dia membuat pengakuan; 2. rosy glow, (warna) kemerah-merahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flush1vt 1. cause to become red, menjadikan [sst] merah, memerahkan: the brandy had ~ed Jonathan’s face, brandi telah menjadikan muka Jonathan merah; 2. wash with a copious flow, mengumbah: the radiator needs to be ~ed out, radiator itu perlu dikumbah; 3. clean (toilet) with a rush of water, mengepam: how do you ~ this toilet?, bagaimana mengepam jamban ini?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas