Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : , merasaikan selalu men­derita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg di­rasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, seng­sara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balas­an kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak me­ngetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, meng­kaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg ter­kandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasai­nya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sharehave o’s ~ of st, pernah /merasai, mengalami/ sst: I’ve had my ~ of trouble, saya pernah merasai kesusahan; poor soul, he’s had his ~ of bad luck, kasihan, dia juga pernah merasai nasib malang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
taste4. experience, merasai; (freedom, happiness) mengecapi, merasai: she didn’t want to lose the happiness she had ~d, dia tak mahu kehilangan kebahagiaan yg telah dikecapinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enjoyd. (life) menikmati, merasai nikmat: to ~ life, merasai nikmat hidup; 2. have as advantage or benefit, (income, right, privilege, trust) mendapat, memperoleh; (standard of living, prosperity, etc) menikmati: she ~s a good income from her inheritance, dia memperoleh pendapatan yg banyak drpd harta pusakanya; he ~s our complete trust, dia mendapat kepercayaan kami sepenuhnya; ~ good health, sihat; ~ /little, great/ success, /tdk berapa, sangat/ berjaya: as a writer, he ~s little success, sbg penulis, dia tdk berapa berjaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
experiencevt 1. undergo, mengalami: the country has ~d great changes recently, negara itu telah mengalami perubahan-perubahan besar kebelakangan ini; 2. feel, merasai, mengalami: to ~ pleasure, merasai nikmat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
know7. have experience of, mengalami, merasai, mengenal: to ~ poverty at an early age, mengalami kemiskinan semasa kecil lagi; ~ no /fear, sympathy, etc/, tdk /tahu, kenal/ /takut, simpati, dll/; 8. have memorized, haKamus Inggeris-Melayu Dewan
intenselyadv sangat, amat: she feels ~ about their plight, dia amat merasai penderitaan mereka; a period of ~ hot weather, waktu cuaca sangat panas; she hates liars ~, dia sangat benci akan orang yg suka berbohong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pang n tusukan: all morning I’ve had hunger ~s, sepanjang pagi, saya merasai tusukan rasa lapar; a sudden ~ of jealousy, tusukan rasa cemburu yg tiba-tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twingen 1. sudden sharp pain, sakit (yg) /menusuk, mencucuk/: I’ve been feeling ~s in my back, baru-baru ini saya merasai sakit yg menusuk di belakang saya; ~s of rheumatism, sakit reumatisma yg menusuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deal2. usu a /good, great/ ~, a. (as verbal adjunct) sangat, amat, sungguh, banyak, selalu: to feel st a great ~, sangat merasai sst; he has helped me a great ~, dia telah banyak menolong saya; to think about so. a great ~, selalu mengingati sso; to grumble a great ~, selalu bersungut; b. (as adjunct of adj, adv) jauh lebih: a great ~ taller, jauh lebih tinggi; a great ~ more effective, jauh lebih berkesan; 3. (in card game) giliran /membahagi-bahagikan, memarih/ daun terup: it’s my ~, ini giliran saya utk membahagi-bahagikan daun terup; 4. business transaction, urus janji: the ~ went through without a hitch, urus janji itu berjalan dgn licin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
find8. discover (so. or st in normal location), (act.) mendapati; (pass.) didapati, terdapat: you can ~ a number of museums in Leiden, kita boleh mendapati beberapa muzium di Leiden; the orang utan is found only in Sumatra and Borneo, orang hutan hanya terdapat di Sumatera dan Borneo; 9. feel, experience, merasai: Dorothy found not the slightest pleasure in his company, Dorothy tdk merasai keseronokan sedikit pun semasa bersama-samanya; the general could only ~ comfort in the knowledge that the enemy was also suffering from the bad weather, jeneral itu hanya dapat merasai kesenangan hati krn mengetahui pihak musuh juga menderita akibat cuaca buruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas