Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.reng.gang.kan] | مرڠݢڠکن

Definisi : menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.reng.gang.kan] | مرڠݢڠکن

Definisi : men­­ja­dikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renggang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rapat: bersela
Berantonim dengan bertutup

2. Bersinonim dengan kurang erat: ganggang, kurang karib, kurang mesra, kurang rapat,
Berantonim dengan erat

3. Bersinonim dengan jarang: bercelah, renggang, bersela, berselang, ganggang,
Berantonim dengan rapat

Kata Terbitan : berenggang, merenggang, merenggangkan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
drive~ a wedge between, merenggangkan: an issue which could ~ a wedge between the two countries, satu isu yg boleh merenggangkan kedua-dua negara itu; ~ home, (fig.) meyakinkan sso ttg: he used several examples to ~ home his arguments, dia menggunakan beberapa contoh utk meyakinkan mereka ttg hujah-hujahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distancevt 1. cause to be unfriendly with each other, merenggangkan: the passing years have ~d us, masa yg berlalu merenggangkan kami; 2. detach, menjauhkan [diri] drpd: we had to ~ ourselves from the extremists for fear that we would end up like them, kita terpaksa menjauhkan diri drpd pelampau-pelampau itu krn takut kita akan menerima nasib spt mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
estrangevt merenggangkan, menyebabkan [sso] menjadi renggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ away from, cease to be close to, [hubungan sso dgn sso] semakin renggang; (deliberately), /merenggangkan, menjauhkan/ diri drpd: there comes a time when we ~ away from our parents, pd suatu ketika nanti hubungan kita dgn ibu bapa semakin renggang; as he became richer, he grew further away from his friends, semakin dia kaya semakin dia merenggangkan diri drpd kawan-kawannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alienatevt 1. estrange, (act.) merenggangkan; (pass.) terenggang: his gambling habit ~d his friends, tabiatnya yg suka berjudi merenggangkannya drpd kawan-kawannya; 2. turn away, divert, memindahkan, mengalihkan: to ~ so’s affection, memindahkan kasih sayang sso; 3. (leg.) memberi milik: he was forced to ~ much of his land to the crown, dia terpaksa memberi milik sebahagian besar drpd tanahnya kpd kerajaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draw~ alongside, menyisi: a black car drew alongside ours and tried to push us off the road, sebuah kereta hitam menyisi kereta kami dan mencuba menghimpit kami ke bahu jalan; ~ apart, a. move away, merenggangkan diri: the two lovebirds drew apart as we approached, pasangan kekasih itu merenggangkan diri apabila kami mendekati mereka; b. become emotionally or mentally separate, menjadi renggang: without our realizing it, they have been ~ing further and further apart, tanpa kami sedari, perhubungan mereka menjadi semakin renggang; ~ st apart, membuka sst: he drew the curtains apart to let the sunshine in, dia membuka langsir supaya cahaya matahari dapat masuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acerbityn (fml) bitterness, a. (of criticism, remark, etc) kepedasan, ketajaman: a smile that did little to soften the ~ of the remark, senyuman yg tdk dapat melembutkan kepedasan kata-katanya; b. (of tone) keras, kekerasan: to speak with a certain ~, bercakap dgn nada yg agak keras; c. (of person, manner) sifat perengus: his ~ did not endear him to his colleagues, sifat perengusnya merenggangkan perhubungannya dgn teman-temannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas