Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.tos] | ميتوس

Definisi : 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kam-pung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.tos] | ميتوس

Definisi : 1 cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan ttg sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb. 2 cerita ttg seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka; dongeng. bermitos mengandungi mitos atau terdapat mitos di dlmnya (bkn kisah, cerita dsb): Desa itu tidaklah secantik mana, tetapi itulah desa yg tenang, bersejarah pendek dan ~ tertentu yg pernah dikunjunginya. memitoskan menjadikan (kisah, cerita dsb) sbg mitos: Mereka ~ bahawa panglima itu terbunuh semasa hendak menyelamatkan anakanda baginda. 2 mengagung-agungkan secara berlebih-lebihan; mendewa(-dewa)kan: Kecenderungan utk ~ seseorang tidak harus digalakkan. kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan ttg wujudnya ~ sumpahan tsb. pemitosan perihal atau perbuatan memitoskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mitos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan legenda, dongeng, cerita karut.,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
derivationn 1. obtaining (from a source) pemerolehan; (chem) penerbitan: the ~ of a myth from an icon, pemerolehan mitos drpd ikon; 2. origin, source, berasal: words of Sanskrit ~, perkataan-perkataan yg berasal drpd perkataan Sanskrit; he claimed ~ from French stock, dia mengakui dia berasal drpd keturunan Perancis; 3. (ling) a. process of word formation, proses penerbitan kata; b. etymology, asal-usul; 4. (chem & math), (process) penerbitan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas